00:00Untuk memahami sebenarnya perjalanan proses bagi menyelesaikan kemelut di Negeri Sembilan, kita akan bersama pula dengan fellow penyelidik Ilham Center,
00:08Mujibu Abdul Muiz, yang telahpun saya kira bersedia di talian.
00:12Baik, Mujibu, mungkin Istana Negeri Sembilan ada menegaskan bahawa peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan yang
00:22di Pertuan Besar. Malah keturunan surat peletakan jawatan Ismail Asim masih belum disahkan.
00:27Namun daripada sudut Perlembagaan Negeri, apakah implikasi perkembangan ini terhadap kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar ketika ini?
00:36Terima kasih, Ikhwan. Situasi terbaru ini saya lihat sebagai satu perkembangan yang pada saya sangat penting kerana ia sedikit sebanyak
00:47telah mengubah pemahaman kita bahawa sekarang ini
00:51isu peletakan jawatan Menteri Besar ini bukan lagi sekadar sebuah pengumuman politik setelah apa yang berlaku malam tadi yang diumumkan
01:01oleh Seseagung Barisan Nasional
01:03yang kini membawa kita kepada persoalan kepada apakah ini membawa kepada persoalan perlembagaan yang sudah tentu memerlukan pengesahan dan proses
01:15institusi yang betul dan tertib pada saya.
01:19kerana pada ketika ini kenyataan istana jelas menyatakan bahawa memberi kenyataan pada saya kalau kita baca masih lagi mengakui bahawa
01:33Datuk Ismail Asim kekal sebagai Menteri Besar
01:36kerana sehingga perletakan jawatannya semalam benar-benar disahkan oleh yang diputuan besar.
01:45Jadi pada ketika ini saya fikir itulah yang sepatutnya kerana pengesahan itu perlu hadir daripada institusi istana.
01:54Jadi ini bermakna kita harus melihat apa yang berlaku pada ketika ini masih lagi tidak pada saya menyelesaikan status persoalan
02:06jawatan itu
02:07kerana kalau ikut perspektif undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sembilan jelas perkara 382 itu menetapkan bahawa baginda yang dipertuan besar
02:19mempunyai kuasa untuk melantik seorang adun yang pada pertimbangan tuanku mendapat kepercayaan majoriti.
02:26Jadi pada saya ini berkali perlu melalui proses-proses itu bagi melesahkan sama ada benar jawatan Menteri Besar itu telah
02:36pun kosong ataupun sebaliknya.
02:39Dalam pada itu juga menjibu, Datuk Ismail Asim juga dijadual menghadap tuanku mukhris pada 20 November ini.
02:47Jadi mungkin sejauh manakah sebenarnya pertemuan itu kita lihat berpotensi menjadi titik penentu kepada penyelesaian kemelut politik dan institusi di
02:54Negeri Sembilan
02:55yang saya kira dah berlarutan sejak beberapa bulan lalu, sejak Ogos saya kira.
03:00Saya fikir kalau pertemuan itu berlaku pada 20 November nanti, saya lihat itu mungkin satu peluang yang pada saya signifikan
03:11dan mampu untuk menjadi titik perubahan kepada kemelut politik dan institusi yang berlarutan di Negeri Sembilan pada ketika ini.
03:23Kerana saya fikir krisis yang berlaku pada ketika ini bukan sekadar persoalan sokongan politik terhadap Menteri Besar
03:33tapi dia melibatkan keseluruhan hubungan di antara kerajaan negeri dan institusi diraja
03:40yang mana pada saya kedua-dua institusi ini perlu berada dalam satu ekosistem ataupun simbiosis yang berfungsi
03:48dan sudah tentulah bercakap tentang Negeri Sembilan, dia juga menyentuh tentang kedudukan institusi adat
03:57dan persoalan pematuhan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
04:01Jadi pada saya pertemuan itu perlu untuk berlaku sekiranya masih lagi on track lah seperti mana yang diusulkan
04:14ataupun seperti mana yang dijadwalkan.
04:16Kerana pertemuan itu pada saya melangkaui soal jawatan Menteri Besar meletak jawatan ataupun kekal
04:23kerana yang penting adalah pertemuan itu mungkin menjadi satu ruang kepada kedua-dua pihak
04:30Istana dan Menteri Besar untuk mendapatkan penjelasan daripada keduanya
04:37dan berkali mampu untuk merungkai kesemuanya kedudukan Menteri Besar, peralihan kepimpinan, situasi tentang exko
04:47ataupun bekas exko dan paling penting daripada kesemua itu adalah bagaimana ini perlu diselesaikan
04:54bagi membolehkan fungsi pentadiran kerajaan negeri itu kembali berfungsi seperti biasa.
05:00Selain itu juga, kita nak memahami mengenai dengan konteks pencalonan ataupun pergantian seseorang Menteri Besar itu
05:07di mana Barisan Nasional sebelum ini ada menyatakan akan mengemukakan calon Menteri Besar baru
05:12dengan mengambil kira sokongan majoriti adun. Jadi sebenarnya siapakah yang sebenarnya mempunyai kuasa
05:18untuk menentukan calon perganti dan sejauh mana Menteri Besar melihat peranan parti politik
05:22serta perkenan yang di-Pertuan Besar saling berkait sebenarnya dalam proses pelatikan itu?
05:28Ya, di sini mungkin timbul polemik di antara majoriti dan kuasa politik
05:35dalam permainan demokrasi berparlimen dan juga kuasa perlembagaan untuk melantik seorang Menteri Besar
05:45kerana kedua-dua ini harus dibaca secara serentak ataupun berkesalingan
05:51kerana jelas dari sudut politiknya, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional adalah gabungan
05:59yang mempunyai majoriti kerusi dalam kerajaan negeri dan sememangnya mempunyai
06:05apa nama itu hak untuk membentuk kerajaan dan mereka harus wajib mengemukakan seorang calon
06:15yang diyakini, apa itu, command the majority daripada adun-adun yang ada dan dipersembahkan
06:22kepada tuanku. Itu dalam game demokrasi. Jadi dalam masa yang sama juga kuasa melantik
06:29Menteri Besar ini bukan terletak di tangan apa nama parti politik semata-mata
06:34kerana berdasarkan perkara 38 tadi ataupun dibaca bersama dengan perkara 36
06:42Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 9 kuasa melantik besar, melantik Menteri Besar itu
06:48tetap ada pada di tangan yang di Pertuan Besar. Ini makna kalau kita baca ya betul
06:55sokongan majoriti adun merupakan pertimbangan yang sangat penting tapi proses pelantikan
07:00tetap perlu melalui kuasa dan budi bicara perlembagaan yang ada di apa nama yang di
07:06Pertuan Besar. Justru pada saya prinsip ini perlu dihormati oleh semua pihak kerana
07:13dan kedua-dua ini merupakan kita kata rule of the game dalam menentukan
07:21proses melantik seorang Menteri Besar dan seterusnya membentuk pentadbiran
07:26Kerajaan Negeri. Justru itu dalam hal ini semua pihak harus menghormati tanggungjawab
07:32masing-masing dan pada saya yang paling penting adalah hak dan juga mandat rakyat itu
07:39telahpun disuarakan ketika pelantikan lalu dan semua pihak berengkali perlu untuk
07:44melesaikan ini kerana yang penting adalah pentadbiran negeri dan kestabilan dan
07:51tatbir urus yang berterusan itu penting pada ketika ini berbanding dengan polemik-polemik
07:57yang barangkali akan menyusahkan dan komplikated untuk rakyat pahami yang
08:03barangkali tidak perlu pada ketika ini.
08:07Baik, terima kasih mujibu atas penerangan mengenai dengan kemelut yang berlaku di
08:12Negeri Sembilan ketika ini.