00:00Aplikasi navigasi tempatan 7 mencatatkan lebih sejuta pengguna dalam tempoh beberapa hari selepas larangan penggunaan WIS melibatkan pegawai kerajaan bagi
00:10urusan rasmi mula dikuatkuasakan pada 20 Oktober lalu.
00:14Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslam berkata jumlah muat turun aplikasi itu meningkat daripada kira-kira 200 ribu
00:22dalam tempoh 7 bulan kepada 800 ribu sebelum melepasi sejuta pengguna dalam beberapa hari.
00:31Menurut beliau, Pernikatan Mendadak Muat Turun Aplikasi yang dibangunkan ProSignal Consortium Sendirian Berhad itu bagaimanapun memberi tekanan kepada kapasiti sistem
00:40sedia ada sehingga mengakibatkan gangguan teknikal terhadap fungsi navigasi aplikasi berkenaan.
00:45Peningkatan pengguna yang mendadak tersebut telah menyebabkan caj bayaran langganan oleh penyedia perkhidmatan peta navigasi telah melebihi had bayaran sehingga
00:59ProSignal kena membayar 300 ribu ringgit dalam masa satu hari contohnya.
01:04Susulan itu, LLM bersama PCSB ProSignal telah melaksanakan langkah pemulihan dan penambahbaikan aplikasi tujuh.
01:12Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 Peringkat Jawatan
01:22Kuasa bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat pada Isnin.
01:25Selain itu, LLM turut menyelaraskan perbincangan dengan agensi berkaitan termasuk Agensi Keselamatan Cyber Negara, Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara dan
01:36GovTech Malaysia bagi menambahbaik sistem aplikasi berkenaan.
01:40Tambah Ahmad bermula 6 November lepas tujuh menggunakan fungsi navigasi yang dipautkan menelusi hyperlink terus kepada Google Maps sebagai langkah
01:49alternatif bagi mengoptimumkan kos pengoperasian sistem.