Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Astro AWANI melakar satu lagi pencapaian di peringkat antarabangsa apabila merangkul anugerah Best AI Application (Audio) di Asian Television Awards (ATA) ke-31, yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.
Transcript
00:00Astro Awani melakar satu lagi pencapaian di peringkat antarbangsa apabila merangkul anugerah Best AI Application Audio di Asian Television Awards
00:10ATA ke-31 yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.
00:14Dan kemenangan tersebut diraih menerusi karya semboyan berlagu, lagu tema khas yang dihasilkan bagi liputan pilihan raya negeri PRN Sabah
00:22oleh Astro Awani.
00:42Karya ini mengetengahkan penggunaan teknologi AI dalam penghasilan muzik dan audio dengan menggabungkan kreativiti, pengarahan selesai sentuhan manusia bagi menghasilkan
00:52sebuah karya yang menyokong penceritaan dan identiti di putan pilihan raya.
00:56Ketua pasukan reka bentuk Astro Awani, Abdul Hasid Jahidin berkata, kemenangan itu amat bermakna kerana karya berkenaan merupakan pengalaman pembelajaran
01:06di luar bidang kepakaran asalnya.
01:09Beliau berkata proses penghasilan semboyan berlagu bermula dengan penulisan lirik sebelum beliau meneroka garapan muzik menggunakan kecerdasan buatan AI yang
01:19kemudiannya melalui beberapa peringkat suntingan dan penambahbaikan.
01:23Menurutnya, lirik lagu tersebut turut diperhalusi bersama pasukan editorial bagi memastikan mesej yang disampaikan kekal seimbang serta bersesuaian dengan liputan
01:33pilihan raya.
01:35Beliau berharap pengalaman itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain agar tidak takut mencuba teknologi baharu atau meneroka bidang di
01:43luar kebiasaan.
01:44Terima kasih telah menonton!

Recommended