Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Malaysia mengemukakan cadangan penubuhan Dana Jerebu Mampan dan memperkukuh Diplomasi Sains sebagai antara pendekatan bagi meningkatkan kerjasama serantau dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.
Transcript
00:00Malaysia mengemukakan cadangan penubuhan dana jerebu mampan dan memperkukuh diplomasi sains sebagai antara pendekatan bagi meningkatkan kerjasama serantau dalam menangani
00:10pencemaran jerebu rentas sempadan.
00:13Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan berkata cadangan itu bertujuan memperkukuh kerjasama saintifik dan menyediakan pembiayaan mampan.
00:23Ia juga bagi meningkatkan keupayaan negara anggota ASEAN melaksanakan tindakan secara kolektif dalam menangani isu jerebu yang terus memberi kesan
00:32kepada rantau ini.
00:34Dalam pada itu, Malaysia turut menggesa ASEAN memperkukuh tindak balas rantau yang lebih proaktif dan terselaras, susulan kebakaran hutan dan
00:43tanah di Kalimantan serta Sumatera, Indonesia yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan teruk di beberapa kawasan rantau ini.
00:50Kata Mohd, Malaysia menghargai usaha Indonesia mengawal kebakaran berkenaan selain memahami kerumitan operasi pemadaman yang berdepan cabaran keadaan El Nino,
01:01cuaca tidak menentu serta lokasi kawasan terjejas yang terpencil.
01:06Bagaimanapun, kemerusutan kualiti udara termasuk tahap tidak sihat dan berbahaya di beberapa kawasan menimbulkan risiko besar terhadap kesihatan awam mata
01:15pencarian serta aktiviti harian khususnya golongan rentan.
01:20Sebuah itu, Malaysia menegaskan kepentingan pelaksanaan berkesan perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan sebagai asas kepada tindakan bersama negara
01:31anggota.
01:31Malaysia sekali lagi menggesa negara anggota ASEAN mempercepat proses reaktifikasi penubuhan pusat penyelarasan ASEAN bagi kawalan pencemaran jerebu rentas sempadan
01:42selain menekankan kepentingan pengoperasian awal pusat berkenaan bagi memperkuku kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas serantau.
01:51Muhammad berharap keutamaan berkenaan dapat dimajukan pada persidangan negara-negara pihak keempat AATHP yang dijadual berlangsung Desember ini.
02:02Beliau berkata demikian ketika berucap pada intervensi mesyuarat Menteri-Menteri Luar pada persidangan Kemunca ASEAN 49 di Manila, Filipina pada
02:11Sabtu.

Recommended