00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan kumpulan tertentu yang disifatkan mengeksploitasi isu perkauman bagi mengalihkan perhatian orang ramai.
00:10Perdana Menteri berkata kumpulan ini sering membangkitkan soal kelangsungan dan kepentingan kaum untuk menutup salah laku serta rasuah.
00:20Saya tahu kita belajar daripada pengalaman dengan negara setengah-setengah galangan, persatuan atau parti hanya mencungkil isu kaum untuk padam
00:40isu rasuah.
00:41Jadi dia bincang survival kepentingan kaum, dia padam isu penipuan dan rasuah.
00:53Dia bangkitkan isu kaum, dalam masa yang sama dia perkayakan.
00:59Lihat tokoh-tokoh yang bicara soal survival kaum, mereka itu di antara yang paling kaya di kalangan kita.
01:07Perjuangan itu, perjuangan untuk memperkayakan diri mereka dan keluarga mereka.
01:14Menurut Perdana Menteri, kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan hak orang Melayu tidak boleh dipertikai.
01:20Namun menolak politik berasaskan dominasi sesuatu kaum.
01:25Beliau sebaliknya mahu terus memimpin melandaskan prinsip kenegaraan yang mengutamakan kepentingan rakyat berbilang bangsa.
01:32Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam sambutan Hari di Pabali tahun 1026 tingkat kebangsaan di Brickfield pada Sabtu.