00:00Malaysia berdepan ribuan percubaan serangan saiber setiap bulan, sekaligus menuntut pengukuhan keupayaan keselamatan saiber negara.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sesi dialog bersama pelatih Program Latihan Hidmat Negara PLKN 3.0
00:17di Camp 515 Kuala Lumpur berkata,
00:20ancaman keselamatan kini semakin kompleks dan bukan lagi terhad kepada aspek ketenteraan konvensional.
00:26Sekarang cyber attack serius, sekarang terrorist sales serius, hacking cyber attack itu serius.
00:38Kita dalam satu bulan ribuan percubaan attack, so kita kena perkukuhkan.
00:44dan melalui PAT, PTD, PAT jumpa saya untuk bincang untuk perkukuhkan cyber security unit di Angkatan Tentera.
00:58Perdana Menteri berkata, usaha memperkukuh unit keselamatan saiber Angkatan Tentera Malaysia turut dibincangkan bersama kepimpinan ketumbukan itu
01:07bagi meningkatkan keupayaan negara menanggani ancaman digital.
01:12Menurutnya persiapan pertahanan negara perlu merangkumi penguasaan teknologi baru termasuk sistem drone dan pelbagai kecanggihan lain.
01:38Perdana Menteri turut menekankan kepentingan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
01:45bagi memastikan sebarang ancaman keselamatan dapat dikesan dan ditanggani dengan berkesan.