Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Microsoft mengaitkan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau dengan kegagalan sejumlah pelayan secara tiba-tiba, bukannya peningkatan trafik pengguna. Insiden itu menjejaskan akses kepada Exchange Online, Outlook dan Teams, dengan usaha pemulihan sedang dijalankan.
Transcript
00:00Kegagalan sejumlah pelayan secara tiba-tiba menjadi antara punca gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau, sekaligus menjejaskan akses pengguna
00:09kepada Outlook, Exchange Online dan Teams.
00:12Menurut Microsoft, gangguan itu bukan disebabkan peningkatan trafik pengguna, sebaliknya masalah pelayan berkenaan menyebabkan beban tambahan kepada infrastruktur yang masih
00:21beroperasi.
00:24Dalam kemaskini, melalui platform X, Microsoft memaklumkan pihaknya mengesan sejumlah pelayan tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba.
00:31Katanya, usaha sedang dijalankan untuk memulihkan operasi pelayan yang terjejas dengan selamat.
00:36Gangguan berkenaan menjejaskan akses kepada peti Mail Exchange Online dan berkemungkinan perkhidmatan Microsoft 365 lain dengan pengguna melaporkan masalah sambungan
00:44melalui pelbagai kaedah akses.
00:46Bagi menangani keadaan itu, Microsoft menghentikan sementara semua pelaksanaan sistem mengalirkan trafik daripada infrastruktur terjejas serta memulakan semula pelayan yang
00:55mengalami gangguan.
00:56Sementara itu, laman pemantauan gangguan perkhidmatan Down Detector merekodkan lebih 97,000 laporan masalah melibatkan Outlook, lebih 38,000 aduan
01:04berkaitan Microsoft 365 dan kira-kira 4,500 laporan mengenai Teams di AS.
01:09Bagaimanapun, jumlah sebenar pengguna yang terjejas mungkin berbeza memandangkan data Down Detector berdasarkan laporan yang dikemukakan pengguna.
01:18Sesudahan itu, Microsoft meminta pengguna merujuk laman status perkhidmatan dan pusat pentadbiran Microsoft 365 untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden
01:26yang berlaku.
01:27Terima kasih telah menonton!

Recommended