00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-13 dalam edisi 2027 The Muslim 500, The World's 500 Most
00:08Influential Muslims diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre yang berpangkalan di Jordan.
00:13Menurut edisi tahunan ke-18, penerbitan itu yang boleh diakses menerusi TheMuslim500.com, Anwar mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
00:22Malaysia ke-10 pada November 2022 menerajui kerajaan perpaduan di bawah gabungan Pakatan Harapan PH.
00:30Laporan itu menyatakan bahawa Anwar yang juga Menteri Kewangan mengutamakan strategi peralihan digital dan ekonomi yang mantap untuk Malaysia menerusi
00:38kerangka Malaysia Madani yang menjadi gagasan beliau dengan meletakkan kecerdasan buatan, semikonduktor, pusat data, pengkomputeran awan dan peralihan tenaga sebagai
00:46teras agenda strategi kerajaan.
00:48Pada Jun 2026, Anwar mengetengahkan peralihan tenaga sebagai tonggak utama agenda pembangunan Malaysia dengan menghubungkan keperluan tenaga masa depan negara
00:56secara langsung kepada perkembangan pesat sektor infrastruktur berteknologi tinggi.
01:00Pada peringkat serantau, penderitaan itu turut menunjukkan peranan Anwar sebagai orang tengah dalam isu keamanan yang konstruktif di Asia Tenggara,
01:07khususnya menerusi inisiatif diplomatik dalam meredakan ketegangan dan membina kepercayaan antara Thailand dengan Kemboja, susulan pertempuran di Sempadan pada Julai
01:162025.
01:17Anwar membantu membina kepercayaan antara Bangkok dengan Phnom Penh, sekaligus memperkukuh imej Malaysia sebagai perantara keamanan konstruktif di Asia Tenggara.
01:26Selain itu, The Muslim 500 mengiktiraf Anwar sebagai antara ketua negara paling lantang di dunia dalam memperjuangkan isu Palestine dengan
01:32mengekalkan sokongan teguh negara terhadap penindungan orang awam dan akses kepada bantuan kemanusiaan di Gaza.
01:38Selain kepimpinan politik, perintirafan itu turut merakamkan penglibatan awal Anwar dalam aktivisme sebagai pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
01:46pada 1971, selain pengalaman beliau menerajui beberapa portfolio kabinet termasuk timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keuangan pada 1990-an.
01:55Laporan itu juga mengetengahkan sumbangan besar beliau dalam bidang akademik dengan membungkan jawatan sebagai ahli akademik pelawat di St. Anthony's
02:02College, Oxford, Johns Hopkins University dan Georgetown University.
02:05Dalam edisi 2027, kedudukan teratas dikongsi oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dan Putra Mahkota
02:13Muhammad bin Salman, Perdana Menteri Pakistan, Mian Muhammad Syibbas Syarif dan Ketua Staf Tentera Darat General Said Asim Mune serta
02:20Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.