Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bercadang membincangkan dua calon pengganti Gibran Rakabuming Raka sebagai wakil presiden bersama gabungan parti politik yang menyokong kerajaan. MPR mempunyai tempoh 60 hari untuk menyelesaikan proses penentuan pengganti.
Transcript
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto bercadang membincangkan dua nama calon peganti Gibran Raka Buming Raka sebagai timbalan Presiden bersama gabungan parti
00:08politik yang menyokong kerajaannya.
00:10Menurut Menteri Penyelaras Undang-Undang Hak Sasi Manusia dan Imigrasi Indonesia Yusril Izzah Mahendra, Presiden mempunyai kuasa penuh untuk mengembangkan
00:18dua calon kepada Majlis Permusyawaran Rakyat NPR.
00:25Yusril berkata perbincangan bersama gabungan parti politik itu merupakan antara pilihan yang boleh diambil Prabowo dalam proses menentukan pengganti Gibran.
00:34Jelasnya langkah itu turut merujuk kepada penuntukan undang-undang yang menyebut mengenai perbincangan bersama parti-parti yang membentuk gabungan kerajaan.
00:43Bagaimanapun Yusril memaklumkan belum ada maklumat mengenai tarikh perbincangan berkenaan dan segala keputusan diserahkan kepada Prabowo.
00:50Yusril turut menegaskan keputusan akhir pemilihan calon timbalan Presiden terletak di tangan Prabowo berdasarkan pertimbangannya.
00:58Dalam pada itu, nama Yusril sendiri turut disebut-sebut sebagai antara calon potensi selain Gabenor Jakarta Pramono Anung.
01:05Namun, kedua-duanya tidak memberikan ulasan lanjut berhubung spekulasi pencalonan itu.
01:09Sementara itu, Ketua NPR Indonesia Ahmad Muzani berkata Presiden mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan dua nama calon selepas menerima
01:19surat permintaan daripada NPR.
01:21NPR pula mempunyai tempoh 60 hari sejak pengunduran diri Gibran untuk menyelesaikan proses penentuan timbalan Presiden baru.
01:29Proses itu akan dimulakan dengan pertimbangan surat pengunduran diri Gibran diikuti mesyuarat pimpinan NPR dan mesyuarat gabungan bersama kumpulan DPD.

Recommended