Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Susulan insiden serangan dron dan peluru berpandu Houthi di Arab Saudi, Kementerian Luar mempertingkatkan kesiapsiagaan menerusi Pelan Kontingensi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di luar negara terus terpelihara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Luar mempertingkatkan kesiap-siagaan dengan mengaktifkan persediaan pelaksanaan pelan kontingensi di semua pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara,
00:09susulan insiden serangan drone dan peluru berpandu huti di Arab Saudi.
00:13Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata pelan yang sediasa dikemaskini itu merangkumi pemerintahan lokasi rakyat Malaysia, mekanisme komunikasi, penyelarasan
00:22sumber serta strategi evakuasi sistematik.
00:27Jelasnya ia juga sebagai panduan operasi dalam menghadapi sebarang situasi krisis demi memastikan tindakan bantuan serta evakuasi dapat dilaksanakan secara
00:37teratur dan berkesan.
00:38Pelan ini katanya akan digerakkan dan disesuaikan mengikut keperluan semasa termasuk berdasarkan tahap risiko, perkembangan situasi keselamatan setempat serta jumlah
00:48rakyat Malaysia yang terjejas.
00:50Selain itu, kerajaan juga menggalakkan rakyat Malaysia berdaftar dengan pejabat diplomatik Malaysia di luar negara sama ada melalui email, panggilan
00:58telefon atau sistem e-konsular.
01:01Katanya kerajaan juga mengeluarkan nasihat perjalanan, pemakluman media dan siaran akhbar selain notis konsular melalui konsulat general Malaysia di Jeddah
01:10serta kedutaan besar Malaysia di Maskat, susulan insiden serangan drone dan peluru berpandu huti pada 15 September lalu.
01:17Setakat ini ujah beliau, seramai 2,334 rakyat Malaysia di Arab Saudi dan 582 rakyat Malaysia di Yemen berdaftar dengan
01:27pejabat perwakilan diplomatik Malaysia.

Recommended