Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Calon Parti Demokrat, Scott Colom, memenangi persaingan kerusi Senat Amerika Syarikat (AS) di Mississippi, sekali gus mencatat kemenangan mengejut bagi parti itu di negeri konservatif tegar yang selama beberapa dekad dikuasai Republikan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Calon parti Demokrat Scott Colum menangi persaingan kerusi Senat Amerika Syarikat di Mississippi sekaligus mencatat kemenangan mengejut bagi parti itu
00:09di negeri konservatif Tegar yang selama beberapa dekad dikuasai Republikan.
00:14Kemenangan Colum menjadikannya individu kulit hitam pertama dari Mississippi dipilih menganggotai Senat Amerika Syarikat dalam tempoh lebih 140 tahun.
00:25Perbezaan undi antara Colum dengan pencabanya daripada parti Republikan yang juga penyandang kerusi itu Cindy Hyde-Smith kurang daripada 5
00:33,000 undi daripada hampir sejuta undi yang dikira.
00:36Keputusan itu menjadikan Demokrat menguasai 55 daripada 100 kerusi Senat manakala persaingan sengit di Alaska masih belum dimuktamadkan.
00:43Keputusan itu menambah tekanan terhadap Presiden Donald Trump sesulan kekalahan besar parti Republikan dalam pelan raya pertengahan penggal termasuk di
00:50beberapa negeri yang dikuasai parti itu.
00:53Kemenangan berkenaan teruk mengukurkan hujah sesetengah pemimpin Demokrat bahawa masa depan parti itu bergantung kepada sokongan di wilayah Selatan Amerika.
01:01Colum 43 tahun yang merupakan pendawan raya tempatan memanfaatkan jumlah penduduk kulit hitam yang besar di negeri itu ketidakpuasan hati
01:08terhadap keadaan ekonomi serta beberapa kesilapan Hyde-Smith ketika berusaha mendapatkan penggal penuh keduanya.
01:14Sepanjang kampen, Colum berkata beliau mampu mewakili seluruh penduduk Mississippi, sebuah negeri yang politik dan masyarakatnya sejak sekian lama dibentuk
01:22oleh pepecahan kaum.
01:24Terima kasih.

Recommended