00:03Perlantikan Juru Runding Bebas oleh Kementerian Keuangan bagi meneliti kerudukan keuangan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah
00:12membuka semula perdebatan dasar yang cukup kritikal.
00:16Sejauh mana pasaran penerbangan domestik boleh terus bergantung kepada model pertumbuhan hyperagresif?
00:23Dan apakah sempadan sebenar antara tanggungjawab komersial sebuah syarikat swasta
00:28dengan kepentingan kedaulatan ruang udara negara?
00:32Wartawan kami, Firdaus Azil, meneliti anatomi keuangan industri penerbangan tanah air.
00:50Di sebalik keyakinan yang disuarakan kepada umum, data pasaran memaparkan cabaran berbeza.
00:58Tekanan lonjakan kos bahan api global dan liabiliti terkumpul yang mencecah belasan bilion ringgit
01:04telah meletakkan penampan mudah tunai pada tahap yang memerlukan penelitian rapi.
01:09Langkah pelepasan segera beberapa pesawat baru sebelum sempat beroperasi
01:14dikala industri penerbangan global berdepan krisis rantaian bekalan dan tempoh menunggu pesawat
01:19mencecah tujuh tahun menjadi isyarat ketara terhadap keperluan mendesak
01:24bagi mengimbangi aliran tunai jangka pendek.
01:26Selama lebih sedekat, naratif pertumbuhan sektor tambang murah didorong oleh tempahan beratus-ratus pesawat.
01:33Namun penganalisis melihat instrumen ini sering bertindak sebagai instrumen arbitraj kewangan
01:38melalui transaksi sewa balik atau sit and lease back.
01:42Transaksi ini memberi pulangan tunai pantas tak kala kadar faedah global berada pada paras lantai.
01:48Namun apabila kitaran makroekonomi mengetat dan nilai matawang menyusut,
01:53ia meninggalkan beban komitmen sewaan yang berat ke atas kunci kira-kira operasi.
02:15Dalam kerangka ekonomi pasaran bebas, timbul perdebatan mendalam,
02:19wajarkah entiti komersial swasta dilindungi di bawah doktrin too big to fail?
02:25Pakar dasar menegaskan bahawa perstrukturan semula laluan atau pengurangan saiz amada
02:30bukanlah satu kegagalan sistemik industri.
02:34Sebaliknya merupakan proses pembetulan pasaran semula jadi.
02:37Pertaruhan modal swasta mesti tertakluk kepada disiplin pasaran
02:41tanpa membebankan dana pembayar cukai.
03:08Fokus utama pembuat dasar kini tertumpu kepada jaminan kesaling hubungan rakyat.
03:14khususnya koridor penting rentas Laut Cina Selatan.
03:17Di sinilah disiplin perstuturan Malaysia Aviation Group MEG membuktikan kepentingannya.
03:23Selepas melalui pelan rasionalisasi modal dan perstuturan mahkamah antarabangsa yang ketat,
03:29MEG kini beroperasi atas kedudukan aliran tunai positif.
03:33Bersama pengendali seperti Batiair,
03:36pasaran domestik kini memiliki penampan operasi yang kukuh dan berdisiplin
03:41untuk menampung sebarang herotan kapasiti
03:43sekaligus memastikan mobiliti rakyat tidak terjejas
03:46sekiranya berlaku kekosongan di pasaran.
03:50Pengajaran daripada krisis ini jelas.
03:53Daya tahan industri penambangan negara
03:55tidak diukur dengan jumlah pesawat yang dipesan di atas kertas
03:59tetapi kepada keupayaan untuk mengekalkan kestabilan operasi
04:03tanpa perlu mengheret dana awam.
04:05Disiplin pasaran mesti diutamakan
04:07dan kedaulatan ruang udara negara
04:09perlu disandarkan kepada asas yang terbukti mampan.
04:14Saya Fidoz Azil melaporkan untuk Astro Awani.
04:25Terima kasih kerana menonton!