Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
JAIS mengesyorkan hantaran berkaitan Aliff Daniel diturunkan selepas beliau menjalani hukuman dan mengisytiharkan taubat. Langkah itu dilihat bagi menjaga maruah serta menyokong proses pemulihan dirinya dan keluarga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Jabatan Agama Islam Selangor Jaiz mengesyorkan mana-mana hantaran berkaitan dengan Alif Daniel Adli di media sosial diturunkan segera,
00:08susulan individu itu telah dijatuhi hukuman dan membuat pengisytiharan taubat berhubung kesalahan syariahnya.
00:14Pengarahnya Datuk Syah Zihan Ahmad berkata, ia bagi memberi sokongan kepada lelaki itu dan keluarganya yang telah bertobat dan kembali
00:21mengamalkan Islam sebenar
00:23tanpa jejak digital yang memberi gambaran buruk kepada mereka, pihak berkuasa agama, umat dan agama Islam.
00:30Beliau menyuruh orang ramai bersangka baik menjaga maruah saudara yang saling menghormati dan bersama wujudkan kesedaran melalui persekitaran
00:36yang mendukung kebaikan Alif Daniel, keluarga dan umat Islam seluruhnya.
00:42Pada 5 November lepas, Alif Daniel bersama-sama ibu Ruhi Zayanti Ramli serta adik perempuannya Nur Rania Izrim melafazkan taubat
00:50secara terbuka
00:51menerusi majlis pericaraan taubat di hadapan tiga saksi utama.
00:54Sebelum itu, pada 4 November, Alif Daniel diarah menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan
00:59di Pusat Pemuniaan Akidah Baitul Iman, Hulu Yam oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Recommended