Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Tindakan menangguhkan pelaksanaan titah berkaitan tahanan rumah Najib Razak perlu dilihat dalam konteks penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keabsahan titah Yang di-Pertuan Agong.
Transcript
00:00Tindakan menangguhkan pelaksanaan titah perintah yang diputuskan agung Sultan Ibrahim merubung keputusan membenarkan Datuk Seri Najib Tanur Razak menjalani bagi
00:08hukuman penjara secara tahanan di rumah.
00:11Tidak boleh dilihat sekadar isu pentadbiran atau perbezaan tafsiran undang-undang.
00:15Dalam satu penyataan, Setia-Tia Agung Barisan Nasional BN, Datuk Seri Dr. Zamri Abdukadi menegaskan,
00:21perkara itu menyentuh persoalan penghormatan terhadap institusi raja berperbelanggaan, kewibawaan titah yang diputuskan agung serta prinsip kedaulatan undang-undang.
00:32Mengulas kenyataan Istana Negara, Zamri menegaskan bahawa perkara itu perlu diberi perhatian serius,
00:37khususnya perjelasan bahawa semua syarat yang ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi.
00:44Sehubungan itu, BN menggesa kerajaan, khususnya pihak berkuasa berkaitan, memastikan titah perintah berkenaan dilaksanakan dengan segera, tertib dan selaras dengan
00:53kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Recommended