Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Empat individu cedera ringan selepas bumbung bangunan komersial empat tingkat runtuh di Sao Paulo. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap di lokasi kejadian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Empat individu cedera selepas bumbung sebuah bangunan komersial empat tingkat runtuh di kawasan tengah metropolis Sao Paulo, Brazil pada Jumaat.
00:10Menurut pihak berkuasa, 27 individu berada di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian termasuk dua wanita.
00:17Pihak berkuasa berkata empat mangsa dibawa ke unit rawatan kecemasan UPA dalam keadaan stabil dengan kecederaan ringan termasuk luka akibat
00:25geseran.
00:27Operasi mencari dan menyelamat turut digerakkan dengan bantuan anjing pengesan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap atau hilang di kawasan runtuhan.
00:35Pihak berkuasa masih menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan kawasan serta mengesahkan tiada lagi mangsa yang terperangkap.

Recommended