Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Karya Châtaigniers en fleurs hasil Vincent van Gogh dijangka mencipta rekod baharu kategori lukisan moden dalam lelongan Sotheby's di New York. Koleksi itu turut menampilkan karya bernilai tinggi Paul Cézanne.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Lukisan landscape karya pelukis terkenal Belanda, Vincent Van Gogh, dijangka mencipta rekod dunia baru bagi kategori lukisan modern apabila dilelong
00:09pada harga melebihi 180 juta dolar Amerika di New York, Amerika Syarikat pada 18 November ini.
00:15Karya berjudul Chatting Year Ang Flair yang dihasilkan pada 1890 itu, iaitu beberapa bulan sebelum kematian Van Gogh, bakal menjadi
00:24antara tarikan utama dalam acara lelongan anjuran Sot Hibibi.
00:30Naib pengurusi Sotheby's, Merangkap Ketua Seni Impressionist dan Modern Julian Davies berkata, karya itu berpotensi mencatat rekod baharu dunia bagi
00:38kategori lukisan modern memandangkan keistimewaan serta nilai seninya yang luar biasa.
00:43Lukisan berkenaan merupakan antara 12 karya seni daripada koleksi pasangan pengumpul seni Argentina, Nelly Arrieta de Balguer dan Carlos Pedro
00:51Balguer yang sebahagian besarnya tidak dipamilkan kepada umum selama beberapa dekat.
00:56Selain karya Van Gogh, satu lagi karya bernilai tinggi ialah lukisan Al-Quin hasil Paul Cezanne yang dianggarkan mampu mencecah
01:04lebih 120 juta dolar Amerika.
01:07Lukisan portret yang dihasilkan antara 1888 hingga 1890 itu pernah dipamerkan dalam Restrospektif Utama Cezanne di Paris pada 1907 yang
01:17turut memberi pengaruh kepada seniman terkenal seperti Pablo Picasso, Georges Baroque dan Henry Matisse.
01:23Koleksi berkenaan telah menampilkan karya beberapa tokoh seni, impresionis dan modern lain.

Recommended