Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Konvensyen Integriti Nasional (KIN) 2026 menekankan pembudayaan integriti dari rumah hingga pentadbiran negara menerusi Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES), yang menuntut penglibatan seluruh masyarakat dalam memperkukuh nilai amanah dan tatakelola.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kembali, pembudayaan integriti dari rumah hingga pentadbiran negara menjadi tumpuan Konvensyen Integriti Nasional KIN 2026.
00:09Ketua Setiausaha Negara, merangkap pengerusi Institut Integriti Malaysia IIM, Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar berkata, pendekatan itu menuntut penglibatan
00:19seluruh masyarakat.
00:23Menurutnya, strategi pembudayaan integriti nasional menghubungkan pembentukan nilai individu dengan tata kelola organisasi dan penglibatan masyarakat.
00:33Bagi menggalas agenda ini, Institut Integriti sebagai peneratu agenda integriti negara telah memperkenalkan beberapa inisiatif berimpak tinggi.
00:44Antaranya, pertama, strategi membudayakan Integriti Nasional ataupun NIES yang menggunapakai pendekatan Hall of Nations menuntut penglibatan dan tanggungjawab merentas sektor,
01:00termasuklah sektor awam, swasta, institusi pendidikan, luarga, bandan sivil dan golongan bilir.
01:07Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian KIN 2026 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Syah Alam MBSI pada Khamis.
01:17Perasmian itu disempurnakan oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Syah yang mewakili Sultan Selangor.
01:23Baginda turut berkenan melancarkan buku kepimpinan Sultan Selangor dalam Integriti, Tata Kelola dan Kesejahteraan Negeri, Daulat Tuanku, Terbitan Bersama IIM
01:32dan Kerajaan Negeri Selangor.
01:34Syamsul Azri berkata penerbitan itu mengetengahkan teladan kepimpinan sebagai panduan dalam memperkukuh budaya integriti.
01:41Naskah ini menghimpunkan analisis terhadap 170 titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sepanjang tahun 2002 hingga 2026 yang mengenengahkan
01:54prinsip berkaitan integriti, Tata Kelola dan Kesejahteraan Negeri.
01:59Ini memperlihatkan keperhatianan berterusan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor terhadap pengukuhan nilai integriti dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat.
02:09Sistem pengurusan integriti dan governance, SPINE, turut diperkenalkan bagi membantu organisasi menilai tahap integriti secara kendiri,
02:18manakala modul integriti keluarga memupuk nilai amanah bermula dari rumah.
02:23Modul integriti kanak-kanak pula disasarkan melibatkan 775,000 kanak-kanak di lebih 31,000 premis prasekolah dan taskar menjelang
02:332030.

Recommended