00:00Stadium Sultan Ibrahim SSI Iskandar Putri dipilih sebagai gelanggang perlawanan akhir Piala FA musim 2026-2027 yang dijadual berlangsung pada
00:0916 Januari depan.
00:11Pemilihan itu diputuskan Liga Bola Sepak Malaysia MFL menerusi mesyuarat ahli lembaga pengarah bagi penggal 2025 hingga 2029 pada Selasa.
00:21MFL dalam kenyataan media pada Rabu memaklumkan keputusan dibuat susulan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana sedang menjalani
00:30kerja-kerja naik taraf yang melibatkan padang, trek balapan dan kemudahan stadium bagi persiapan sukan C-2027.
00:38Jelas MFL keupayaan SSI dari segi kemudahan stadium, keadaan padang, akses penonton, pengurusan pasukan serta aspek keselamatan menjadi antara pertimbangan
00:49utama dalam menentukan lokasi perlawanan akhir itu.
00:52Dengan kapasiti lebih 35,000 penonton, SSI turut mempunyai pengalaman menganjurkan aksi antarabangsa Harimau Malaya selain pernah menjadi gelanggang final
01:02Piala FA 2023 yang menyaksikan JDT menewaskan Kuala Lumpur CTFC-20.