00:00Seorang hakim persekutuan pada Sabtu menolak saman fitnah bernilai $10 bilion yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap akhbar
00:10The Wall Street Journal, WSJ dan tycoon media Rupert Mudok berhubung laporan mengenai hubungannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein.
00:19Hakim Mahkamah Daerah Miami, Darien Gales menolak tuntutan itu dengan prejudis yang bermaksud keputusan berkenaan adalah muktamad dan kes tersebut
00:30tidak boleh difilkan semula atau dipindah.
00:35Dalam penghakimannya, Hakim Gales menyifatkan tindakan Presiden itu sebagai menanti sesuatu yang tidak pasti.
00:42Beliau memutuskan bahawa Trump gagal membuktikan pihak Defendant membuat kenyataan berunsur fitnah dengan berniat jahat seperti yang ditetapkan oleh undang
00:52-undang.
00:53Keputusan itu turut menyatakan bahawa tuntutan saman tersebut hanyalah cubaan untuk mengada-adakan kelemahan dalam laporan penyiasatan WSJ.
01:03Keputusan mahkamah ini menjadi tamparan hebat kepada Trump dan pentadbirannya yang kerap mengambil pendekatan konfrontasi terhadap organisasi berita semasa penggal
01:13kedua pentadbiran beliau.
01:16Selain WSJ, Trump kini dilaporkan sedang terheret dalam pertikaian undang-undang dengan agensi berita global lain termasuk BBC, The Associated
01:24Press AP serta kes terbaharu melibatkan CNN, MSNOW dan Politico.
01:30Tiga agensi berita itu dilaporkan telah memfailkan saman ke atas Trump bagi memulihkan semula akses liputan selepas mereka diusir keluar
01:38dari White House pada pertengahan September lalu.
01:41Setakat ini pihak White House masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keputusan mahkamah itu.