Skip to playerSkip to main content
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan

- Selagi saya masih Premier Sarawak, dasar utamakan rakyat akan kekal - Abang Jo

- Tengku Zafrul bidas pihak dakwa kerajaan abaikan pembangunan jalan luar bandar Sabah, Sarawak

- Kerajaan Sabah tingkat usaha perangi dadah, peruntukan RM2.3 juta bagi 2026

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:08Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo
00:12Berikut tajuk utama untuk anda malam ini
00:20Abang Johari jamin segala dasar baik kekal selagi beliau masih Premier Sarawak
00:27Peningkatan peruntukan bukti persekutuan tidak pernah pinggir Sabah dan Sarawak
00:34Juga Sabah peruntuk RM2.3 juta bagi Bantras Dadah
00:44Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping memberi jaminan semua dasar dan inisiatif kerajaan negeri
00:51Yang mengutamakan rakyat akan terus dikekalkan selagi beliau masih menerajui wilayah itu
00:58Ia termasuk pendidikan percuma dan bantuan kebajikan langsung kepada rakyat
01:03Selain penglibatan dalam teknologi tinggi adalah antara dasar
01:07Yang bukan saja menguntungkan rakyat malah menjadi tarikan pelabur asing
01:31Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bangunan tambahan Gudwara sahib di Kuching
01:36Dalam majlis yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti kecil SIK di Sarawak
01:41Yang pernah memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan keamanan di Sarawak
01:46Sumbangan kini diteruskan dalam pelbagai bidang lain terutama sektor kesihatan
01:52Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan penyaluran peruntukan sebanyak RM1 juta
01:57Kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi KUSKOP
02:01Untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara
02:07Perdana Menteri berkata peruntukan itu perlu disalurkan secara terancang
02:11Bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati persatuan penjaja dan peniaga kecil secara menyeluruh
02:20Silap, saya mula nak umum RM100,000 je
02:24Cukup, RM100,000 tu banyak kan
02:27Tapi saya fikirkan berapa RM100,000 punya penjaja
02:33Berapa syarikat ada
02:35Berapa gerai ada
02:37Berapa persatuan ada
02:39Seluruh negara
02:41Jadi atur baik-baik
02:44Dan itu
02:45Dan bantu bagi penjelasan
02:48Bantu supaya
02:50Tiap tahun kita ada peningkatan pendapatan
02:54Penjaja dan peniaga
02:58Peningkatan peruntukan hampir 3 kali ganda bagi tempoh 2023 hingga 2027 berbanding 5 tahun sebelumnya
03:06Membuktikan Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan dalam peruntukan pembangunan jalan luar bandar
03:13Bekas Menteri Keuangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata
03:17Peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur luar bandar di dua negeri itu yang setiap tahun menerima kira-kira
03:26separuh daripada keseluruhan perbelanjaan jalan luar bandar negara
03:34Tengku Zafrul menerusi hantaran di laman sosial beliau berkata
03:38Perbelanjaan sebenar bagi pembangunan jalan luar bandar di kedua-dua negeri itu mencecah 1.41 bilion ringgit tahun ini iaitu
03:47jumlah tertinggi dalam tempoh 10 tahun
03:49Beliau yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Maida dan Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan
03:57Perbelanjaan jalan luar bandar bagi tempoh 2018 hingga 2022 berjumlah 3.7 bilion ringgit
04:05Manakala bagi tempoh 2023 hingga 2027 meningkat kepada 11 bilion ringgit termasuk peruntukan tahun ini dan tahun hadapan
04:13Mengulas mengenai penangguhan beberapa projek jalan luar bandar Tengku Zafrul berkata langkah itu perlu dilihat dalam konteks pengurusan kewangan negara
04:22dan peningkatan komitmen kontrak yang melebihi peruntukan asal diluluskan Parlimen
04:26Beliau berkata sejak 2022 perbelanjaan jalan luar bandar setiap tahun telah melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen
04:34sekaligus menyebabkan komitmen kontrak terus meningkat sehingga berlaku tunggakan bayaran kepada kontraktor
04:40Menurutnya, Kementerian Keuangan MOF perlu mengimbangi keperluan peruntukan semua kementerian
04:45termasuk sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar
04:49Antara kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Kelesterian Alam, Kementerian Pelancongan Seni
04:58dan Budaya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Ekonomi
05:06Teku Zafru menegaskan bahawa penangguhan kontrak baru tidak bermaksud projek sedia ada dibatalkan dan MOF pula tidak pernah mengeluarkan arahan
05:14untuk membatalkan projek berkenaan
05:16Sepaliknya, beliau berkata penangguhan kontrak baru dilaksanakan bagi mengelakkan tunggakan bayaran terus meningkat dan memastikan komitmen keuangan kerajaan kekal terkawal
05:26Beliau berkata pengurusan keuangan negara perlu dilaksanakan secara berhemah dengan mengambil kira bukan sahaja kelulusan sesuatu projek malah keupayaan kerajaan
05:34menyediakan peruntukan mencukupi untuk membiayai pelaksanaannya
05:38Menurutnya, kerajaan memahami keperluan penduduk di kebanyakan kampung di Sabatan Sarawak yang masih menandikan kemudahan jalan raya yang lebih baik
05:45Subungan itu, Belanjawan 2027 terus menyediakan 2.27 bilion ringgit bagi pembangunan jalan luar pandar selain 34.9 bilion ringgit
05:56untuk Sabatan Sarawak iaitu jumlah tertinggi antara semua negeri
06:02Kerajaan Sabah memperuntukkan 2.3 juta ringgit tahun ini bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah menerusi peluasan program tekad sektor awam
06:13dan pemerikasaan skuad anti dadah
06:15Selain pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh AEDK Sabah
06:19Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Nur berkata, peruntukan yang diluluskan menerusi mesyuarat tindakan membantras dadah MTMD 2026 itu
06:29mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam membendung penyalahgunaan dadah serta memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara
06:41Tegas Haji Ji pembangunan Sabah bukan sahaja diukur melalui pertumbuhan ekonomi dan kemajuan infrastruktur
06:47Tetapi, turut bergantung kepada kesejahteraan keluarga, keselamatan komuniti dan masa depan generasi muda
06:54Ancaman dadah tidak boleh dipandangkan
06:59Kesannya bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kehidupan individu
07:06Malah turut menggugat keharman, keharmanian keluarga, keselamatan masyarakat serta produktiviti
07:16Di sebalik setiap angka yang direkodkan, terdapat individu dan keluarga yang memerlukan perhatian, pimpinan dan sokongan untuk membela kehidupan yang
07:32lebih baik
07:32Tambahnya lagi, ancaman dadah sintetik yang semakin berkembang tidak boleh dipandang ringan
07:38Terutama dalam kalangan belia berusia 19 hingga 39 tahun
07:42Memandangkan penyalahgunaannya bukan sahaja menjejaskan masa depan golongan itu
07:47Malah turut memberi kesan kepada keluarga, ekonomi dan masyarakat
07:52Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmen pesta bagandang di Dewan Pamusa Bifod pada Ahad
08:01Fenomena Super El Nino berpotensi mencetuskan kemarau dalam beberapa bulan akan datang
08:07Pakar Kriminologi dan Perubahan Iklim Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
08:11Prof. Emeritus Fredolin Tanggang berkata
08:14Fenomena ini akan mencetuskan keadaan lebih kering di utara Borneo
08:18Khususnya utara Sarawak dan Sabah
08:24Menurut Fredolin, keadaan ini berpotensi meningkatkan risiko kebakaran hutan serta tanah gambut sehingga April atau Mei 2027
08:31Tambahnya, Super El Nino juga akan menjejaskan bekalan air serta mengancam sektor pertanian negara
08:37Bagaimanapun, hujan yang dibawa monsoon timur laut ke selatan Sumatera dan Kalimantan
08:42dijangka membantu mengurangkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut
08:46yang menjadi antara punca jerbu rentas padan sebelum keadaan lebih kering berpotensi melanda utara Borneo
08:52Sementara itu, Pakar Kriminologi Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Abu Samah
08:57menjagakan pengaruh El Nino yang kuat berpotensi mengurangkan intensiti
09:01dan tempoh hujan sepanjang MTL khususnya pada November dan Disember
09:06Ini sekaligus memungkinkan risiko banjir besar seperti yang berlaku pada 2021 menjadi lebih rendah
09:13Beliau turut menjangkakan bilangan luruan monsoon berkurangan daripada kebiasaan 7 hingga 8 episod kepada sekitar 5 hingga 6 episod
09:21Keadaan itu juga berpotensi mengurangkan risiko ombak besar, hakisan pantai dan kenaikan paras air laut
09:27akibat lonjakan ribut di kawasan pesisir pantai yang menghadap Laut Cina Selatan
09:32Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia menjangkakan kemungkinan fenomena Super El Nino
09:37membawa cuaca lebih panas dan kering pada tahun depan khususnya antara penghujung Januari hingga Mac
09:43dengan suhu maksimum berpotensi melebihi 41 darjah Celsius
09:49Inisiatif Kebun Dapur Sabah yang kini disertai lebih 3,000 ketua isi rumah
09:55turut membuka peluang kepada peserta menjana pendapatan melalui penjualan hasil tanaman
10:00Perkembangan itu membuktikan program tersebut berpotensi melahirkan lebih ramai usahawan tani
10:06apabila sebahagian peserta kini mengembangkan tanaman mereka daripada skala kecil kepada kawasan yang lebih luas
10:16Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata
10:21Inisiatif Kebun Dapur turut menjadi usaha mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan makanan import
10:27di samping meningkatkan kadar sara diri negara
10:31Selain itu, penyertaan 13 mentor Kebun Dapur dalam Agroforum 2026
10:36turut memberi peluang kepada usahawan muda sektor pertanian untuk mengetengahkan produk masing-masing
10:42menerusi pameran dan jualan
10:44Selamai 13 orang mentor dalam program Kebun Dapur
10:48telah pun diberi peluang dalam menyertai forum dan juga mengadakan jualan masing-masing
10:55Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam kita mengetengahkan anak-anak muda
11:00yang berjaya dalam sektor pertanian
11:02Beliau berkata penyertaan kira-kira 13 negara dalam program Big Sabah Seal
11:08di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah SICC
11:11turut membuka ruang kepada mentor berkenaan
11:14untuk mengembangkan jaringan perniagaan dan kerjasama dengan peserta antarabangsa serta pengunjung
11:21Penganjuran semula Festival Kesenian Bagandang
11:25dapat menghidupkan kembali tradisi kesenian yang sinonim dengan masyarakat bufot
11:30sekaligus memperkenalkannya kepada masyarakat di seluruh Sabah
11:34Festival itu juga menjadi landasan bagi mempersediakan daerah bufot menyambut tahun melawat Sabah 2027
11:42selain dijangka memberi manfaat ekonomi dan sosial kepada masyarakat setempat
11:48Sesungguhnya penganjuran semula Festival ini dapat menghidupkan kembali
11:54suasana serta tradisi kesenian
11:59berkandang yang sinonim dengan masyarakat bufot
12:03termasuk memperkenalkannya kepada masyarakat seluruh Sabah
12:09justru bahania kepada dokter kuasa penganjur
12:17kerana dapat mengadakan semula Festival ini
12:21yang sudah pasti menjadikan acara ini sebagai landasan
12:27mempersiapkan daerah bufot menyambut tahun melawat Sabah 2027
12:35sudah pasti ini akan memberi limpa ekonomi dan sosial kepada masyarakat
12:43Sempena tahun melawat Sabah 2027
12:46setiap daerah digalakkan mengetengahkan keunikan identiti
12:50warisan dan kebudayaan masing-masing sebagai tarikan pelancongan
12:54bufot turut berpeluang menunjulkan kesenian bagandang
12:58sebagai warisan tradisi yang bukan sahaja melambangkan identiti masyarakat setempat
13:03malah berupaya menarik kunjungan pelancong
13:06serta merancakkan ekonomi daerah itu
13:12Selama dua dekad, Sandakan Pink Ribbon menjadi tempat pesakit kanser
13:17payudara mendapatkan sokongan moral, bantuan kebajikan dan semangat
13:21untuk melawan penyakit itu
13:22bermula sebagai inisiatif kesedaran pada tahun 2006
13:26Pesatuan Berkenaan kini berkembang menjadi rangkaian sokongan
13:29yang membantu pesakit dan keluarga mereka menghadapi cabaran rawatan
13:34Sempena ulang tahun ke-20, Sandakan Pink Ribbon berjaya mengumpul
13:38RM42,000 menerusi majlis makan malam amal di Sandakan pada Sabtu
13:47Kutipan itu akan digunakan bagi meneruskan bantuan kepada pesakit
13:51kanser payudara serta membiayai program kesedaran dan kebajikan
13:54Presiden Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan
13:58Mary Alex Mansil berkata, persatuan turut menyediakan bantuan kewangan
14:03sebanyak RM250 kepada pesakit, manakala bantuan tambahan dipertimbangkan
14:08berdasarkan keperluan masing-masing
14:10Menurutnya sokongan keluarga terutama suami amat penting
14:14dalam memberikan kekuatan kepada pesakit sepanjang menjalani rawatan
14:18Dan yang penting sekali ialah kita tekankan support moral
14:22Moral support from the family, especially the own family, immediate family
14:28Terutamanya pada suami perlu memberi support yang sepenuhnya
14:36keluarga yang terdekat semasa pesakit menjalani rawatan
14:40Sebab ini adalah sangat penting
14:42Bantuan persatuan itu bukan sahaja tertumpu kepada penduduk sandakan
14:47Malah turut melibatkan pesakit dari kawasan yang jauh
14:50Seperti telupit, peluran dan tongot
14:53Program kesedaran turut dijalankan di sekolah, ladang dan kawasan luar bandar
14:58Bagi menggalakkan pengesanan awal penyakit berkenaan
15:09Baiklah, laporan itu mengakhiri Awani Borneo untuk hari ini
15:12Saya Asim Hassan, salam hormat, kita jumpa lagi
15:23Terima kasih kerana menonton!

Recommended