00:00Bertemu kembali, jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah di Indonesia menurun kepada 96 berbanding 160 sehari sebelumnya.
00:10Namun peningkatan titik panas di Kalimantan Tengah serta kebakaran yang berterusan di bawah permukaan tanah gambut masih menyukakan usaha pemadaman.
00:23Kementerian Perhutanan Indonesia memaklumkan jumlah titik panas dengan tahap keyakinan pengesanan yang tinggi di seluruh negara berkurangan sebanyak 64 setakat
00:329 malam Sabtu.
00:34Namun Kalimantan Tengah mencatatkan peningkatan daripada 12 kepada 15 titik panas.
00:39Daripada 96 titik panas yang dikesan di seluruh Indonesia, sebanyak 19 direkodkan di 6 wilayah dengan 15 di Kalimantan Tengah,
00:503 di Sumatera Selatan dan 1 di Kalimantan Selatan.
00:55Menurut Kementerian itu, Kalimantan Tengah kekal menjadi antara kawasan tumpuan utama dalam usaha mengawal kebakaran hutan dan tanah.
01:02Katanya lagi keadaan tanah gambut menyebabkan operasi pemadaman mengambil masa lebih lama kerana api boleh terus membara dan merebak di
01:10bawah permukaan tanah walaupun kebakaran di permukaan telah dipadamkan atau selepas hujan turun.
01:18Kementerian berkenaan turut memaklumkan Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni telah melinjau kawasan yang sebelum ini terjejas akibat kebakaran di Kalimantan
01:26Tengah bagi menilai keadaan serta memastikan usaha pemantauan dan penguatkuasaan diteruskan.
01:33Sebanyak 61 pesawat termasuk helikopter masih dikerahkan bagi operasi memadamkan kebakaran dengan 24 digunakan untuk rondaan udara dan pengubah suaian
01:44cuaca manakala 37 helikopter menjalankan operasi pemadaman.
01:49Kementerian itu turut menggesa penduduk dan pihak perniagaan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka bagi tujuan pembersihan tanah serta segera melaporkan
01:57sebarang tanda asap atau kebakaran.