Skip to playerSkip to main content
Ia susulan perkembangan kerjasama politik antara parti yang dilihat membentuk landskap persaingan berbeza. #PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persaingan pada pilihan raya negeri piaraan Melaka dijangka lebih sengit berbanding pilihan raya dua negeri sebelum ini, susulan perkembangan kerjasama
00:07politik antara parti yang dilihat membentuk landscape persaingan berbeza.
00:11Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia UTM, Prof. Madia Dr. Mazlan Ali berkata, situasi di Melaka agak
00:19berbeza berbanding Johor dan Negeri Sembilan apabila kerjasama politik antara parti-parti terbabit dibentuk pada peringkat lebih awal.
00:31Menurutnya, gabungan Barisan Nasional BN dan Perikatan Nasional BN di kedua-dua negeri itu dilihat lebih lancar kerana mempunyai masa
00:39mencukupi untuk menyusun strategi serta membentuk naratif politik, khususnya berkaitan isu Melayu dan Islam.
00:46Bagaimanapun, katanya kerjasama antara UMNO dan BN di Melaka berlaku agak lewat, iaitu selepas Dewan Undangan Negeri Dun Melaka dibubarkan.
00:55Pada masa sama beliau berkata, perkembangan kerjasama antara Pakatan Harapan PH dan Bersatu turut menjadi satu lagi faktor yang mewarnai
01:03persaingan politik di negeri itu.
01:05Meskipun tidak ada secara resmi diumumkan kerjasama tersebut, tetapi pemerintah politik memahami bahawa Bersatu tidak meletakkan calonnya di semua kawasan
01:19dan demikian juga Pakatan Harapan.
01:22Artinya, sudah ada persafahaman di antara kedua parti ini dan sudah pastilah kali ini Pakatan Harapan dalam mendepani Barisan Nasional
01:34dan PAS mereka agak lebih bersedia.
01:37Tambahnya isu tabung haji serta pededahan yang tular di bidang sosial berpotensi mempengaruhi pertimbangan sebahagia pengundi, khususnya pengundi atas pakar,
01:46golongan muda dan pengundi luar kawasan.
01:48Beliau berkata perkembangan itu berkemungkinan menjadikan corak persaingan PRN Melaka kali ini berbeza berbanding pilihan raya di dua negeri sebelum
01:58ini.

Recommended