00:00Hampir RM640 juta diperuntukkan di bawah rancangan Malaysia ke-13 RMK13 bagi 19 projek bekalan air di Labuan.
00:099 projek bernilai kira-kira RM133 juta telah siap dan diserahkan pada Januari tahun ini.
00:15Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanayuh berkata,
00:19projek tersebut amat penting bagi meningkatkan keboleh percayaan bekalan air di pulau itu
00:24dengan hampir 90% air dirawat datang dari loji rawatan air lawa gadung di Sabah.
00:33Jelas Hana, gangguan air di loji itu memberi kesal langsung kepada penduduk Labuan
00:37menjejaskan keperluan isi rumah dan operasi perniagaan
00:41menyebabkan peruntukan tersebut mesti diterjemahkan kepada bekalan air lebih terjamin.
00:46Hana berkata demikian semasa merasmikan program Madani Kita PMK bersama
00:51dengan komuniti wilayah Persekutuan Labuan 2026 di Dewan Arena Kampung Bukit Kuda di sini hari ini
00:57sempena lawatan kerja sehari beliau ke Labuan.
01:00Selain itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000
01:03bagi membina pusat aktiviti warga emas kekal di Labuan
01:06untuk menggantikan premis sedia-ada yang disewa.
01:09Beliau berkata, perbadanan Labuan telah memperkenalkan pengurangan sewa sebanyak 50% pada tahun ini
01:15bagi peniaga kecil yang layak di pasar sentral
01:19dan beberapa premis perniagaan untuk meringankan kos operasi mereka.
01:23Mengenai pendidikan, Hana berkata,
01:25bantuan pengangkutan sekolah telah diperkenalkan untuk 437 murid
01:30daripada enam sekolah berikutan kebimbangan
01:32yang dibangkitkan semasa lawatan beliau pada Ogos lepas.
01:36Inisiatif itu meribatkan kerjasama antara Jabatan Pendidikan,
01:39Perbadanan Labuan, pihak sekolah, ibu bapa
01:42serta pengusaha bas tempatan dan menambah keberkesanannya perlu diukur
01:46melalui peningkatan kehadiran ke sekolah.
01:49Selain itu, beliau menekankan kepentingan kesiapsiagaan bencana
01:53merujuk kepada latihan pengurusan risiko bencana
01:56yang dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara Natma,
01:59Perbadanan Labuan serta Universiti Malaysia Sabah UMS
02:03pada April yang merangkumi simulasi tsunami dan gempa bumi.