Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta itu akan beroperasi tiga kali seminggu pada Isnin, Jumaat dan Ahad dengan tambang sehala termasuk semua caj bermula RM399 bagi Kelas Ekonomi dan RM888 bagi Kelas Perniagaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ebonio secara rasmi membuka jualan tiket bagi laluan terus baharunya menghubungkan Kuching dengan Jakarta, Indonesia bermula 13 November.
00:09Laluan ke lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta itu akan beroperasi 3 kali seminggu pada Isnin, Jumaat dan Ahad
00:16dengan tambang sahala termasuk semua cas bermula RM399 bagi kelas ekonomi dan RM888 bagi kelas perniagaan.
00:25Penerbangan pertama MY396 pada 13 November akan berlepas dari Kuching pada 3.10 petang
00:32manakala penerbangan pulang MY397 dari Jakarta berlepas pada 4.55 petang waktu tempatan.
00:42Ketua Pegawai Eksekutifnya Megad Ardian Aminuddin berkata laluan baharu itu menandakan pencapaian penting
00:48dalam usaha memperluas rangkaian penerbangan serantau syarikat penerbangan itu
00:52merentasi pintu masuk utama di ASEAN.
00:55Jelasnya perkhidmatan penerbangan terus ke pusat perdagangan Indonesia itu
01:00akan memudahkan urusan perjalanan pemimpin perniagaan, pelabur dan delegasi rasmi antara Malaysia dengan Indonesia
01:07pada masa sama memberikan kemudahan perjalanan yang lebih selesa kepada pesakit dan keluarga
01:13untuk mendapatkan rawatan pakar di Sarawak.
01:15Menurut Megad Ardian, laluan penerbangan itu turut memenuhi keperluan pelancong dari kedua-dua destinasi
01:22apabila pelawat dari Indonesia berpeluang meneroka hutan hujan, budaya dan festival di Borneo
01:29manakala penduduk dari Borneo dapat menikmati pelbagai tarikan yang ditawarkan Jakarta.
01:34Seiring dengan pelancaran laluan ke Jakarta, Air Borneo turut menyelaraskan
01:39kekerapan penerbangan serantaunya sebagai sebahagian daripada jadual rangkaian penerbangan pesawat jet
01:44bagi musim sejuk utara 2026-2027 yang lazimnya bermula 25 Oktober hingga 27 Mac tahun depan.
01:53Ini termasuk perkhidmatan penerbangan kucing Singapura sebanyak 4 kali seminggu
01:57sejak 23 Oktober pada Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu
02:01manakala perkhidmatan utama kucing Kuala Lumpur yang beroperasi 2 kali sehari diteruskan mengikut jadual.
02:08Penumpang boleh mula menempah tiket ke Jakarta bermula hari ini menerusi aplikasi mudah alih rasmi Air Borneo
02:14laman web syarikat penerbangan itu di www.airborneo.com
02:19atau pejabat jualan tiketnya di lapangan terbang.

Recommended