00:00Kerajaan Sarawak tetap mahukan perwakilan satu per tiga bagi Sabah dan Sarawak setelah ras dengan semangat serta Rasional Perjanjian Malaysia
00:081963 ME63.
00:10Bagaimanapun Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pihaknya akur dengan proses yang perlu dilalui untuk mengembalikan perwakilan satu
00:17per tiga daripada Sabah dan Sarawak dalam Dewan Rakyat.
00:24Jelas Abang Johari cadangan meningkatkan perwakilan Sabah dan Sarawak kepada 35% daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat tidak boleh dilaksanakan
00:33secara otomatik.
00:35Sebaliknya, perlu melalui proses perundangan serta mendapat kelulusan Parlimen.
00:40Menurut Abang Johari, komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyokong usaha berkenaan dinyatakan Menteri yang bertanggungjawab terhadap reformasi Undang-Undang dan Parlimen,
00:48Datuk Seri Azalina Othman Said dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu sebelum ini.
00:53Saya ada komen. Waktu Azalina datang situ, maka dia kata dari prinsipnya, dari prinsip dan mengkod rasional ME63,
01:05mesti ada one third di antara Sabah dan Sarawak.
01:08Jadinya terpaksa dibawa kepada Parlimen dululah.
01:11Kalau Parlimen meluluskan jumlah keseluruhannya, bukan Sabah-Sarawak saja, termasuklah Semenanjung.
01:19Kalau dia review the whole parliamentary constituency, dia ada hadang number, dia dibawa ke Parlimen lagi untuk kelulusan.
01:28Sepasnya baru SPR ambil bahagianlah, mengikut proses SPR.
01:32Kedat-kedat kita juga.
01:34That's why election itu saya siap-sepat makin 99.
01:38Kerana prosesnya belum habis.
01:40Beliau berkata demikian pada sidang media sempena program Sarawak Kusayang SKS bahagian Seri Aman 2026 di Kompleks Sukan Seri Aman
01:48pada Sabtu.
01:49Kerajaan Persekutuan bersetuju secara prinsip terhadap cadangan meningkatkan perwakilan Sabah dan Sarawak kepada 35% kerusi Dewan Rakyat.
01:58Namun, pelaksanaannya masih tertakluk kepada penelitian lanjut berdasarkan semangat ME63 serta persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dengan kedua-dua negeri.
02:10Terima kasih.