Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
IHPR Malaysia meningkat 12 peratus pada suku ketiga 2026, mencetuskan persoalan sama ada kenaikan kos di peringkat pengeluar bakal diterjemahkan kepada harga pengguna yang lebih tinggi dan menekan pertumbuhan ekonomi.
Transcript
00:00Walaupun peningkatan ini boleh kita tafsirkan sebagai petanda aktiviti ekonomi dan juga permintaan yang masih rancak ia turut menimbulkan persoalan
00:07sama ada tekanan kos dalam rantaian bekalan itu semakin membebankan pengeluar dan juga sektor peniagaan.
00:13Dan lebih penting IHPR sering dianggap sebagai petunjuk awal kepada hala tuju inflasi dan harga pengguna pada masa harapan dan
00:20jika pengeluar berdepan kos bahan mentah, tenaga dan juga logistik yang terus meningkat sejauh mana mereka mampu menyerap tekanan tersebut
00:26tanpa memindahkannya kepada pengguna.
00:28dan apa mungkin implikasi terhadap pelanjuan isi rumah, daisai PMKS serta prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia menjelang tahun hadapan 2027.
00:36Jadi menjawab persoalan ini kita bersama dengan Prof. Emeritus Dr. Bajo Yabardai, Provost Malaysia University of Science and Technology, MAS.
00:43Assalamualaikum warahmatullahi prof. Terima kasih kerana bersama kami dalam niaga awal ini.
00:46Kalau kita lihat IHPR tadi meningkat menjadi 12%. Ini angka yang mungkin menunjukkan sedikit kebimbangan.
00:53Tapi adakah kenaikan ini mencerminkan ekonomi yang semakin kukuh ataupun tekanan kos yang semakin membangkan?
00:59Terima kasih Encik Nabila. Bismillahirrahmanirrahim.
01:02Sebenarnya indeks IHPR memberikan kedua-dua kemungkinan tanda baik, tanda buruk.
01:10Kita melihat negatifnya dulu seperti yang Encik Nabila sebut, dia merupakan petunjuk awal kepada indeks harga pengguna.
01:21Dan indeks harga pengguna adalah indeks yang mengukur perubahan harga pengguna yang melambangkan inflasi.
01:29Jadi kalau sekiranya kita lihat hari ini, kadar inflasi di negara hanya 1.8%.
01:36Tetapi indeks harga pengguna ini 12%.
01:41Adakah akan berlaku kejutan dengan peningkatan mendadak di dalam indeks harga pengguna tidak lama lagi?
01:51Jawapannya adalah kemungkinannya tidak kerana kita mempunyai mekanisme untuk mengawal peningkatan harga pengguna mendadak dengan beberapa bentuk bantuan dan subsidi.
02:07Misalnya yang paling penting ialah budi 95 yang merupakan satu bantuan ataupun subsidi kepada bahan bakar ataupun minyak yang sangat
02:22memberi kesan yang besar.
02:24Menyebabkan kadar inflasi kita terkawal.
02:27Begitu juga bantuan-bantuan yang lain.
02:30Jadi kemungkinannya kita sudah mempunyai kaedah untuk mengawal.
02:35Dan kenaikan dalam indeks harga pengeluar di Malaysia adalah lebih daripada tekanan luar kerana harga minyak mentah yang meningkat dan
02:45banyak negara-negara jiran kita mengalami masalah kerana mereka merupakan pengimport bersih minyak.
02:54Tapi kita merupakan pengeksport bersih minyak jadi kita mendapat sedikit faedah daripada itu.
03:00Itu menyebabkan kenaikan 12%.
03:02Tetapi kenaikan 12% itu juga adalah disebabkan kenaikan harga semikonduktor, kenaikan harga minyak, sawit dan sebagainya yang membantu meningkatkan
03:13harga.
03:14Cuma dari segi aspek positifnya apakah ini satu tanda yang baik kepada ekonomi?
03:21Kerana ini ya kerana ini meningkatkan harga yang pengeluar-pengeluar dapat dan kemungkinannya dia akan meningkatkan pendapatan dalam jangka panjang
03:34kalau diatur dengan baik.
03:36Dan boleh juga meningkatkan produktiviti dan meningkatkan ataupun menurunkan marginal cost yang boleh memberi faedah yang besar kepada perkilangan khususnya
03:48dalam sektor perlombongan, sektor minyak mentah sawit misalnya.
03:56Prof, jadi apa yang Prof sebutkan tadi adalah di mana kebanyakannya ataupun majoritinya menjadi faktor utama adalah tekanan daripada luar
04:03akibat ketidaktentuan geopolitik dan sebagainya.
04:06Tapi kalau kita nak tengok impak kalau pengeluar tidak lagi nak mampu menyerak kenaikan kos yang berlaku pada waktu ini,
04:13adakah pengguna bakal berdepan gelombang kenaikan harga yang seterusnya dan seterusnya juga akan memberi impak kepada harga akhir pengguna?
04:22Betul Encik Nabila. Hari ini pengeluar di Malaysia menghadapi tekanan untuk menurunkan harga ataupun mengawal harga dan dengan menurunkan majin
04:35untung.
04:36Jadi mereka mana absorb ataupun mengambil kesan daripada kenaikan kos dan mereka mengurangkan majin untung mereka.
04:49Tapi mereka tidak boleh bertahan lama, kemungkinan satu tahap mereka terpaksa menaikkan harga dan kalau mereka terpaksa menaikkan harga, harga
04:58barang mungkin akan meningkat.
05:00Tapi ini untuk barang-barang perkilangan, mana kita untuk barang berkait dengan tenaga, dengan minyak, kerajaan mekanisme subsidi telah mengambil
05:12kira hal itu.
05:12Dan kita boleh mendapat faedah daripada sektor semikonduktor kerana kita merupakan penerima faedah khusus.
05:22Kalau kita tengok di Taiwan, indeksnya meningkat 18% dan kita mendapat kesan sampingan apabila indeksnya naik 18% di
05:33Taiwan.
05:34dan Taiwan merupakan pengguna ataupun pengeluar chip dan kita mendapat hasil kerana kita merupakan downstream kepada industri di Taiwan dan
05:50kita meningkat 12%.
05:52Dan ini juga menambahkan hasil kepada industri semikonduktor.
05:57Jadi kita tidak perlu begitu risau.
06:01Kalau kita lihat pada tahun 2024, indeks kita adalah 0.2.
06:06Tiba-tiba dia meningkat sampai 12%.
06:09Ini adalah kesan luaran yang boleh ditangani dan kerajaan telah menangani dengan baik melalui subsidi pukal, subsidi melalui budi 95
06:21itu.
06:21Okey, Prof. Kalau kita amati betul-betul data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkat Malaysia 2.0 itu tadi,
06:28IHPR ataupun inflasi pengeluar ini meningkat lebih pantas pada suku ketiga.
06:32Adakah bermakna tekanan harga berisiko berlarutan hingga penghujung tahun ini dan juga apabila kita memasuki tahun 2027 nanti?
06:43Kalau kita tengok harga minyak mentah meningkat sampai 119 dolar setong dan ini adalah sebenarnya ini adalah manipulasi harga di
06:55peringkat antarabangsa dan kita merasa kesannya kerana harga itu adalah harga dunia.
07:01Jadi kemungkinannya, ada kemungkinan dia akan terus meningkat tapi saya rasa dari arah yang berlaku beberapa bulan dan suku tahun
07:15yang lepas, harga akan turun naik dan dia dilihat sudah mencapai puncak dan dia akan turun sedikit.
07:22akan turun semula mungkin di bawah 100 kemudian baru akan meningkat semula kerana begitulah kaedah pemain-pemain dalam industri ini
07:32meraih untung dengan menaik dan menurunkan harga.
07:36Jadi kemungkinannya kita akan melihat indeks harga pengeluar ini akan turun naik juga dan kemungkinannya akan turun sedikit di hujung
07:47tahun ini insyaAllah.
07:49Kita nak tahu juga Prof, adakah kenaikan harga pengeluar ini boleh kita lemahkan pertumbuhan, akan melemahkan pertumbuhan ekonomi sekiranya perniagaan
07:57dan juga pengguna mula mengurangkan perbelanjaan ataupun tidak banyak beza juga Prof?
08:04Satu poin yang baik, kita akan lihat bahawa pengeluar-pengeluar akan cuba menurunkan pengeluaran kerana mereka tidak sanggup untuk mengeluarkan
08:15lebih pada kos yang lebih tinggi dan mengambil keuntungan yang rendah.
08:22Dan ini mungkin boleh mengurangkan volume pengeluaran dan boleh mengurangkan juga volume permintaan dalam pasaran.
08:32Tapi di satu pihak lain sebenarnya secara teori apabila pengeluar-pengeluar tertekan begitu mereka akan cuba meningkatkan produktiviti dan apabila
08:45produktiviti meningkat kos marginal akan menurun dan akhirnya pengeluar akan menaikkan margin keuntungan mereka.
08:55Dan akhirnya kesan secara langsung ialah pengeluar akan meningkatkan kadar margin keuntungan dan kadar keuntungan ini merupakan dipanggil natural progress
09:11flow.
09:12Dan kita boleh menjangkakan bahawa inilah asas bagaimana penggunaan AI di dalam industri akan memesatkan peningkatan produktiviti dan meningkatkan keuntungan
09:28industri dalam jangka pertengahan nanti.
09:30Prof yang terakhir berbagikan 2 minit dalam nak memasuki tahun 2027 kita ada berbagikan berapa bulan saja ini nak masuk
09:38cuti perayaan dan sebagainya dan juga cuti hujung tahun sekolah pun semua cuti dan sebagainya.
09:45Bagaimana apa mungkin risiko lebih besar kepada ekonomi Malaysia? Adakah harga yang semakin tinggi ataupun keuntungan perniagaan yang semakin mengecil
09:52dan bagaimana persediaan kita?
09:55Kalau kita lihat prospek ekonomi kita dijangkakan tahun 2026 kita akan berkembang pada kadar 5%.
10:033 tahun berturut 5% adalah pencapaian yang sangat baik.
10:07Tahun 2027 kemungkinan kita akan berkembang pada kadar 4% kerana kita mulai masuk ke dalam pusingan ekonomi yang menurun.
10:16Jadi secara keseluruhan memang sektor pengguna pun sudah melaraskan perbelanjaan mereka.
10:25Perbelanjaan isi rumah mungkin akan lebih terkawal dan mereka melihat tekanan yang tidak berhenti dan mereka akan mula berjimat dan
10:37ini boleh menyebabkan ekonomi kita kurang berkembang sedikit di tahun 2027.
10:44Terima kasih Prof. Melitus Dr. Bajaya Badai, Prof. Malaysia Universiti of Science and Technology Mas atas unjuran dan perkongsian yang
10:52diberikan itu tadi dan semoganya dapat membuat persediaan untuk semua rakyat-rakyat Malaysia mendepani cabaran-cabaran yang mendatang terutama masuk
10:59ke tahun baru 2027.
11:01Terima kasih telah menonton!

Recommended