Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembangunan pusat data di kawasan yang mempunyai rizab air rendah tidak akan dipertimbangkan, tertakluk kepada ketetapan berkuat kuasa.

Beliau berkata pemaju pusat data turut diwajibkan menyediakan simpanan air bagi sekurang-kurangnya dua hari penggunaan serta meneroka sumber alternatif seperti air kitar semula dan air hujan bagi mengurangkan tekanan terhadap bekalan air awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembangunan pusat data diteliti melalui data sektor Task Force dengan izin DCTF diuruskan setiap bersama oleh Kementerian Pelaburan Perdagangan dan
00:11Industri, MITI, dan Kementerian Digital dengan mengambil kira keupayaan sistem bekalan air dan elektrik di kuasa yang terlibat.
00:20Dari segi kawalan lokasi, penilaian DCTF terus mengambil kira reserve margin air berdasarkan ulasan dan show operator bekalan air negeri.
00:28Kuasa yang punya reserve margin air rendah tidak akan dipertimbangkan untuk pembangunan pusat data, tertakluk kepada ketapan yang berkuat kuasa.
00:37Di samping itu, kerajaan juga sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan sistem kecukupan kapasiti termasuk margin reserve bekalan elektrik yang optimum
00:46dan selamat.
00:48Kestabilan grid serta kesinambungan bekalan kepada semua pengguna ketika menghadapi pertambahan beban daripada industri pusat data.
00:55Di bawah garis panduan bekalan air bagi pembangunan pusat data, pihak pusat data diwajibkan untuk menyediakan tangki simpanan air dalam
01:04premis masing-masing dengan kapasiti minimum bagi dua hari penggunaan.
01:09Kepulauan ini bertujuan membelihkan pusat data menggunakan bekalan simpanan sendiri ketika berlaku gangguan bekalan,
01:15sekaligus mengurangkan tekanan terhadap sistem bekalan air awam.
01:19Selain itu, Suanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN mensyaratkan operator bekalan air dan pemaju pusat data
01:27meneroka serta memenafaatkan sumber air alternatif bagi sistem penyukupan.
01:32Ini termasuk air kita semula, air pulih guna dan penuaian air hujan.
01:37Penyukupan ini bertujuan mengurangkan kebergantungan pada bekalan air terawat dan menyokong pengurusan sumber air yang lebih cekap.
01:45Selain kawalan terhadap pembangunan pusat data, setiap operator air turut mempunyai pelan tindakan kecemasan
01:51dan pelan mitigasi bagi menangani gangguan bekalan air yang tidak berjadwal serta situasi krisis atau bencana.
01:59Antara langkah yang boleh dilaksanakan mengikut keperluan operasi ialah pembekalan air menggunakan lori tangki dan tangki statik
02:06serta bantuan bekalan air rentas negeri melalui kerjasama yang diselaraskan oleh SPAN.
02:13Sekiranya keadaan bekalan menjadi kritikal, langkah pendidikasi lanjut boleh melibatkan pelaksanaan bekalan air berjadwal atau sekatan bekalan air.

Recommended