Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari meminta anggota parti menghormati keputusan gabungan menyerahkan kerusi DUN Bemban kepada calon Bersatu pada PRN Melaka. Kerjasama bagi pilihan raya lain masih belum dimuktamadkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, parti komponen Pakatan Harapan PH perlu menghormati keputusan gabungan itu menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri bemban kepada calon bersatu
00:08pada pilihan raya negeri Melaka.
00:10Pengarah pilihan raya PH, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, setiap anggota parti wajar menghormati keputusan gabungan dan parti masing-masing
00:18berhubung kerjasama dan pembahagian kerusi.
00:23Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PH berbincang secara terbuka dan mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dalam menentukan hala tuju kerjasama
00:31politik.
00:31Kenyataan itu menyusul pendirian bekas pengerusi DAP Melaka, Damian Yeo, yang dilaporkan sanggup meninggalkan politik berbanding menyokong penyerahan kerusi bemban
00:41kepada calon bersatu.
00:42Sementara itu, Amiruddin berkata, sebarang keputusan untuk melanjutkan persefahaman dengan bersatu bagi PRN Sarawak atau pilihan raya umum ke-16
00:50masih belum dimutamatkan.
00:52Menurutnya, hasil kerjasama pada PRN Melaka akan dilihat terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya ditentukan.
00:58Beliau turut berkata, kerjasama PH dan bersatu di Selangor masih memerlukan perbincangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Recommended