Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Program Tenaga Suria Rakyat menyediakan bantuan sehingga 50,000 baht bagi setiap isi rumah di Thailand. Penerima boleh menjana elektrik sendiri dan menjual lebihan tenaga kepada grid nasional, sekali gus mengurangkan bil elektrik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setelah itu, Thailand melancarkan program bernilai 50 bilion baht untuk memberikan subsidi pemasangan panel tenaga surya kepada sejuta isi rumah.
00:09Menerusi program tenaga surya rakyat itu, setiap isi rumah akan menerima bantuan sehingga 50 ribu baht untuk membolehkan kediaman menjana
00:17elektrik sendiri dan juga menjual lebihan tenaga kepada grid nasional.
00:22Program yang diluluskan kabinet itu dianggarkan dapat mengurangkan jumlah bil elektrik isi rumah terlibat sebanyak lebih 24.5 bilion baht
00:30setahun.
00:32Perdana Menteri Thailand Anu Tin Chan Virakun berkata skim berkenaan turut menjadi inisiatif ekonomi dan sosial. Ini bagi meningkatkan pendapatan
00:40serta mengurangkan perbelanjaan rakyat.
00:42Berucap pada Majlis Pelancaran pada selasa, beliau berkata program itu juga membantu isi rumah membina tabungan dan meningkatkan kualiti hidup.
00:50Dua pihak berkuasa elektrik milik kerajaan akan mengendalikan pendaftaran dan penyambungan ke grid menerusi perkhidmatan pusat sehenti.
00:58Pemasangan panel tenaga surya pula akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa berkenaan atau vendor berdaftar.

Recommended