Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kapasiti terpasang tenaga suria China mencapai 1.31 bilion kilowatt, manakala tenaga angin berjumlah 700 juta kilowatt. Kedua-dua sektor menyumbang kira-kira satu pertiga pelaburan tenaga negara itu dalam sembilan bulan pertama 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, selanjutnya kapasiti terpasang gabungan tenaga angin dan suria China mencatat rekod baru, mencecah 2.01 bilion kilowatt setakat akhir
00:09September.
00:11Pentadbiran tenaga negara China maklumkan kapasiti tenaga suria mencapai 1.31 bilion kilowatt iaitu peningkatan 16.5% berbanding hanya
00:22setahun sebelumnya.
00:24Kapasiti tenaga angin pula meningkat 20.4% kepada 700 juta kilowatt.
00:30Naib pengusia eksekutif Majlis Elektrik China, Yang Kun berkata pencapaian itu memperkukuh peranan tenaga boleh baharu dalam sistem bekalan elektrik
00:38negara berkenaan.
00:39Menurutnya perkembangan itu turut menyokong penyelidikan bahan baharu, pembuatan peralatan serta operasi dan penyelenggaraan pintar.
00:47Pengembangan kapasiti itu merangkumi projek angin dan suria berskala besar, pemasangan kecil setempat serta ladang angin di darat dan luar
00:55pesisir.
00:56Perbelanjaan bagi projek angin dan suria menyumbang kira-kira satu per tiga daripada keseluruhan pelaburan sektor tenaga China dalam sembilan
01:03bulan pertama 2016.
01:06Yang Kun berkata pencapaian itu turut mencerminkan kemajuan China dalam membangunkan sistem tenaga baru yang meletakkan tenaga boleh baharu sebagai
01:13sumber utama.

Recommended