Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) merancang menambah Sekolah Komprehensif (K11) daripada sembilan kepada 10 sekolah pada 2027 bagi memudahkan akses pendidikan murid di kawasan pedalaman.

Inisiatif itu membolehkan murid mengikuti persekolahan dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di bawah satu bumbung, khususnya di kawasan yang berdepan kekangan jarak ke sekolah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perkenaan dengan akses pendidikan di kawasan luar bandar.
00:04Sememangnya kita tahu ada kawasan-kawasan di kawasan pedalaman,
00:10sama ada di Sabah ataupun Sarawak ataupun di kawasan pedalaman di Semenanjung
00:16menghadapi isu berkenaan dengan jarak kesekolah dan sebagainya.
00:21Dan itu sebab kenapa mulai tahun 2023,
00:25Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program sekolah komprehensif K11
00:33iaitu memastikan anak-anak kita mempunyai satu akses pendidikan
00:39dari tahun 1 sehinggalah tingkatan 5 di bawah satu bumbung dan juga premis yang sama.
00:47Dan program ini setiap tahun diperluaskan mulai dengan program rintis pada tahun 2023
00:53dua buah sekolah di SMK Longberdian, Sarawak dan juga SMK Petau, Pahang.
00:59Dan kini sedangkan hari ini kita mempunyai sembilan buah sekolah K11
01:04dan pada tahun hadapan 2027, kita mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi
01:10kepada sepuluh buah sekolah K11.
01:13Kita cakna bahawa memang ada lagi sekolah-sekolah yang tidak belum lagi kita mampu
01:18untuk menjadikannya sebagai sekolah K9 dan K11.
01:22tetapi sekiranya syarat ataupun kondisi dengan izin, sekolah-sekolah tersebut adalah
01:28persesuaian, maka pihak KPM akan terus memastikan akses pendidikan itu sampai.
01:34Dan pada masa yang sama apabila disebut dengan bantuan yang diberikan kepada
01:39anak-anak murid kita, sememangnya untuk bantuan persekolahan,
01:44biarpun di kawasan bandar dan juga luar bandar, kita memberikan
01:4918 jenis bantuan persekolahan setiap tahun
01:53dan pada tahun ini dalam belanjawan yang baru diumumkan ini,
01:57kita telah pun mencatatkan peningkatan pada hampir semua
02:00kebanyakan bantuan-bantuan yang diberikan.
02:03Maka untuk mana-mana sekolah, kami mengambil maklum
02:08isu yang dipangkitkan oleh pihak yang berhormat kinapatangan
02:12dan berkenaan dengan sekolah tersebut, kita akan tengok apa
02:16bantuan yang kita boleh bantu dan juga pada masa yang sama-sama ada
02:19penaik tarafan boleh dilakukan.
02:22Terima kasih.

Recommended