Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Iran mendakwa sebuah kapal tangki minyak terbakar selepas terkena periuk api laut ketika melalui kawasan timur Selat Hormuz.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah kapal tangki minyak dilaporkan terbakar selepas terkena periuk api laut di Timur Selat Hormuz menurut laporan media resmi Iran.
00:10Tentera Laut Iran berkata kapal berkenaan didakwa menutup sistem pengesanan dan cuba melalui kawasan yang disifatkan sebagai terhad dan tidak
00:19selamat sebelum terkena periuk api berkenaan.
00:23Menurut kenyataan itu, insiden berkenaan menyebabkan kapal tangki tersebut mengalami kerosakan dan terbakar.
00:29Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran tidak mendedahkan identiti kapal terbabit, negara pendaftarannya atau status anak kapal yang berada di atas kapal
00:37itu.
00:38Tentera Laut Iran turut menegaskan bahawa Selat Hormuz kekal tidak selamat dan ditutup kepada mana-mana kapal yang cuba melaluinya
00:45tanpa penyelarasan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa.
00:48Tambahnya, semua kapal yang mahu melalui Selat Hormuz perlu mendapatkan penyelarasan dengan Angkatan Tentera Iran bagi menjamin keselamatan pelayaran.
00:57Insiden itu berlaku ketika usaha diplomatik sedang dipergiat bagi meredakan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat, termasuk melibatkan negara-negara
01:05sarantau.
01:06Dalam pada itu, Turki, Arab Saudi, Pakistan dan Iran terus menjalinkan hubungan diplomatik bagi membincangkan keselamatan sarantau dan usaha menggunakan
01:14ketegangan.

Recommended