00:00Belanjawan 2027 memperuntukkan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan, menjadikannya sekali lagi penerima peruntukan terbesar kerajaan.
00:09Namun, di sebalik peningkatan perbelanjaan dan pelbagai reformasi yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu,
00:14keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa PISA 2025 menunjukkan pencapaian Malaysia masih merosot berbanding 2018,
00:22terutama dalam matematik, sains dan juga bacaan.
00:25Lebih membimbangkan, jurang pencapaian antara murid daripada keluarga berpendapatan tinggi dan rendah masih ketara,
00:32manakala negara-negara jiran seperti Thailand semakin mengecil atau mengatasi persahasi Malaysia dalam beberapa bidang.
00:38Persoalannya, adakah masalah sebenar terletak pada jumlah peruntukan atau keberkesanan sistem dalam menerjemahkan peruntukan itu kepada hasil pembelajaran yang berkualiti?
00:47Dengan itu, kita persilahkan Dr. Anwar Ahmad, Fellow Bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Minda UKM,
00:53saya nak ucapkan terima kasih. Doktor melihat kepada perkara ini memang sangat penting,
00:57melihat kepada peruntukan yang semakin tinggi di mana Kementerian Pendidikan menerima RM69 bilion dalam belanjawan kali ini
01:05dan namun skor kita dapat saksikan PISA Malaysia bagi matematik, sains dan juga bacaan masih lagi rendah berbanding 2018.
01:11Pada pandangan doktor sendiri, adakah ini menunjukkan masalah utama bukan lagi soal peruntukan?
01:17Bagaimana doktor? Kongsikan kepada kami.
01:20Baik, terima kasih Anina.
01:23Yang pertama sekali kita gembira sebab pihak kerajaan sejak sekian lama sentiasa memastikan bahawa peruntukan untuk sektor pendidikan ini diberikan
01:34jumlah yang besar
01:36sesuai dengan saiz sektor pendidikan itu sendiri.
01:41Itu tidak kita nafikan bahawa keperluan untuk kita sentiasa meningkatkan peruntukan itu memang ada.
01:47Kita mempunyai bilangan murid yang lebih lima juta orang, kita ada empat ratus ribu lebih buru-buru,
01:53kita ada lebih sepuluh ribu buah sekolah dan tentu saja angka-angka ini menunjukkan bahawa komitmen kerajaan terhadap sektor pendidikan
02:02di segi bajet itu sangat besar.
02:04Tetapi pada masa yang sama juga kita tidak boleh hanya sekadar melihat angka bajet sebagai pencapaian kita kerana walaupun kita
02:14menyediakan bajet yang semakin hari semakin besar
02:16kita dapatkan ada beberapa perkara yang perlu mendapat perhatian yang lebih daripada kita khususnya dari si kualiti pendidikan
02:25dan salah satu isu kualiti pendidikan adalah tentang penguasaan anak-anak kita di dalam tiga subjek utama
02:32ataupun tiga kemahiran utama yang telah disenaraikan oleh OECD, Badan Dunia yang memantau tentang kualiti pendidikan di sebuah negara
02:42dan itu tentang kemahiran membaca, kemahiran mengira ataupun matematik dan juga kemahiran sains, isi pemikiran kreatif, inovasi dan sebagainya.
02:53Dan apa yang kita dapati sejak tahun 2015 sebagai contoh lebih kurang dalam 15-16 tahun lalu
03:02kebimbangan kita adalah walaupun kita lihat peruntukan semakin bertambah
03:08kalau kita bandingkan 2015 dulu peruntukan untuk Kementerian Pendidikan atau KPM sekitar 40 bilion ringgit
03:17tetapi selepas lebih daripada 11 tahun, 2026-2027 kita menerima peruntukan sehingga 69 bilion ringgit
03:27angkanya sudah meningkat begitu besar tetapi yang membimbangkan adalah apabila kita melihat angka-angka pencapaian
03:34anak-anak kita di dalam PISA yang kita dapati secara berterusan merosot.
03:42Kalau kita ambil matematik sebagai satu contoh, 2015 dahulu angka ataupun skor pencapaian adalah sekitar 446
03:54tetapi hari ini kita telah merosot kepada 397. Malah kalau kita lihat kepada angka itu secara jangka panjang
04:02daripada 2015 sehingga sekarang, angka pada tahun 2025 PISA terakhir yang kita duduki ataupun kita sertai itu
04:11menunjukkan penurunan dan kita berada di titik yang paling rendah di dalam pencapaian matematik itu.
04:18Ini adalah contoh bagaimana walaupun kita menyediakan peruntukan yang semakin tahu, semakin besar
04:24tetapi kita dapati dari segi kualiti pendidikan, penguasaan anak-anak kita di dalam matematik, dalam sains, dalam baca merosot.
04:32Tentu ada perkara yang perlu kita selesaikan. Tentu bukan hanya bajet yang besar saja yang perlu ditediakan pada setiap tahun
04:41dalam beranjauhan tetapi ada faktor-faktor lain yang mesti kita ambil maklum dan mesti kita kenal pasti
04:49supaya isu berkaitan dengan kemerosotan anak-anak kita di dalam matematik, sains dan membaca ini mesti kita atasi dengan segera.
04:59Matematik mencatat kemerosotan paling ketara apabila skor Malaysia turun daripada 440 mata pada 2018 kepada 397 mata pada 2025.
05:08Tapi kalau kita dengar ini, sekali imbas berkatakan semakin kurang yang mungkin berfikiran kritikal, kritis.
05:15Namun, bantu kami faham, help us dive deep, doktor. Apa sebenarnya yang berlaku dalam ekosistem pembelajaran matematik negara
05:21sehingga kemerosotan ini berlarutan selama tujuh tahun?
05:27Ya, perkara yang kita lihat di dalam penilaian PISA ini adalah berkaitan dengan bagaimana anak-anak kita
05:35menggunakan kemahiran-kemahiran misalnya matematik, sains ataupun bacaan mereka untuk
05:41yang pertama, menyelesaikan masalah. Bagaimana ilmu-ilmu kemahiran-kemahiran ini digunakan dalam soalan-soalan OECD itu, PISA itu
05:50untuk mereka menggunakannya secara aras tinggi, menyelesaikan masalah, melakukan inovasi, melakukan kreativiti.
06:00yang diukur di dalam PISA itu bukanlah fakta semata-mata tetapi ia mengukur
06:07keupayaan berfikir anak-anak kita, keupayaan penguasaan asas matematik anak-anak kita dan sebagainya.
06:14Dan kita dapati bahawa walaupun dalam subjek ataupun mata pelajaran matematik yang diajarkan di sekolah itu
06:23sudah mengajarkan semua perkara-perkara penting berkaitan dengan asas matematik tetapi
06:30apa yang disampaikan dalam sistem pendidikan negara kita itu sebenarnya lebih rendah
06:38berbanding dengan apa yang ditanyakan dalam PISA kerana yang ditanyakan dalam PISA adalah
06:43tentang penggunaan aplikasi kemahiran tetapi di dalam subjek ataupun di dalam mata pelajaran matematik kita
06:52kita lebih menjurus kepada soal kefahaman, soal mengetahui, soal menghafal dan sebagainya.
07:00Jadi di situ ada perbezaan tumpuan antara apa yang diusahakan di dalam sistem pendidikan kita
07:06iaitu melahirkan anak-anak yang tahu menggunakan rumus, bagaimana menggunakan formula,
07:13menghafal untuk menjawab dalam perpisaan tetapi di dalam PISA itu yang dipentingkan
07:18adalah bagaimana anak-anak menggunakan maklumat-maklumat kemahiran-kemahiran
07:23dalam matematik, sains, bacaan itu untuk menyelesaikan masalah harian dalam kehidupan.
07:30itu yang ditanya dalam soalan PISA. Jadi yang yang harus dilakukan oleh kita khususnya
07:36oleh Kementerian adalah untuk melihat bagaimana ilmu-ilmu penyelesaian masalah,
07:43kemahiran kreatif, kemahiran inovasi itu diterapkan di dalam sistem pendidikan kita.
07:49Kita tidak boleh lagi sekadar bergantung kepada hafalan untuk menjawab soalan perpisaan
07:55misalnya SPM ataupun soalan wasa di sekolah dan sebagainya tetapi soalan-soalan
08:01yang mementingkan soal penyelesaian masalah, soal inovasi, soal kreativiti itu
08:07dan critical thinking mesti diserapkan ataupun dilaksanakan di dalam sistem pendidikan kita.
08:14Kebimbangan saya adalah seperti Nina sebut tadi, di saat negara kita menunjukkan
08:20kemerusutan yang agak besar berbanding dengan tahun-tahun sejak 2012 kita menyertai PISA,
08:29kita dapati bahawa negara-negara jiran di kalangan negara-negara ASEAN menunjukkan
08:35prestasi yang lebih baik. Misalnya Thailand telah mengatasi kita di dalam skor matematik
08:43yang selama ini Thailand berada di bawah negara kita segi pencapaian.
08:49Begitu juga beberapa buah negara seperti Cambodia, seperti Filipina
08:53juga menunjukkan prestasi yang lebih baik kerana kaedah-kaedah cara-cara bagaimana
09:02syllabus matematik diajarkan di negara kita itu telah menunjukkan
09:06aa pembuktian mereka kerana mereka telah berjaya meningkatkan skor
09:10aa pencapaian mereka di dalam PISA matematik, sains dan juga bacaan.
09:14Jadi aa pada saya hasil daripada aa keputusan PISA 2025 ini jelas menunjukkan
09:20bahawa kita perlu melakukan sesuatu secara besar ia bukan lagi
09:25melibatkan aa penambahbaikan secara kecil-kecilan tetapi kita memerlukan
09:30satu rombakan yang besar kepada syllabus kita kepada cara kita
09:34menyampaikan ilmu matematik, sains dan juga bacaan kepada
09:39anak-anak kita aa latihan guru kita juga mesti dilakukan aa transformasi
09:44secara besar-besaran dan aa itulah antara sebab mengapa bajet yang
09:48besar itu mesti digunakan secara berhema untuk memastikan kualiti
09:53pencapaian anak-anak kita dapat ditingkatkan aa di dalam aa ujian-ujian
09:58terbangsa. Doktor kita berbagikan dua minit tapi ini adalah
10:01sangat penting kerana aa kerajaan juga sering menekankan aa agenda
10:04STEM, ekonomi digital dan kecerdasan buatan dan sekarang ni
10:07ekonomi negara sedang dipacu besar oleh semiconductor dan juga E&E.
10:11Ini adalah perkara penting untuk kerti kerana aa ini juga merupakan
10:15antara usaha kita untuk mencapai cerita-cerita kita dalam
10:17melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi ni agar menjadi
10:19realiti. Namun sebelum kita mengakhiri perbincangan kita aa apa
10:23yang boleh doktor kongsikan sekiranya kita diberi peluang untuk
10:26menentukan tiga keutamaan ataupun satu sahaja pendidikan
10:29negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Apa antara
10:33informasi yang paling mendesak? Ya aa yang pertama sekali aa apa
10:37yang saya nampak aa KPM telah melakukan satu usaha yang aa baik
10:41selepas aa pisah di dikeluarkan iaitu mereka telah
10:44meladakan apa ini sebagai rancangan transformasi aa
10:47pendidikan matematik. Saya sambut baik usaha ini sebagai satu
10:51usaha untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan kemahiran
10:54matematik. Tetapi yang lebih besar daripada itu sebenarnya
10:57adalah untuk melihat semula apa yang kita ajarkan anak-anak kita
11:01di sekolah. Kaedah pengajarannya, selibusnya dan juga bagaimana
11:05kita nak mastikan bajet yang kita berikan pada setiap tahun itu
11:09sampai terus kepada cara ataupun kaedah untuk kita menyelesaikan
11:14isu kualiti pendidikan di negara-negara. Saya rasa itu yang
11:17penting aa Nina. Ukuran kejayaan pendidikan jelas aa untuk kita
11:21melihat bagaimana setiap ringgit yang dibelanjakan
11:24meningkatkan penguasaan murid, merapatkan jurang
11:27perbelajaran dan juga membina kemahiran masa depan.
11:30Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Anwar kerana sudi meluangkan
11:32masa bersama kami dan berkongsi pandangan yang amat
11:34bernilai ini. Setelah tentu diskusi ini akan kami
11:37rangkumkan di laman web AstroWani dan di semua platform
11:39digital AstroWani. Jangan kemana-mana banyak lagi
11:42laporan yang akan kami bawakan selepas ini.
11:44terima kasih.
11:44Terima kasih.
11:44Terima kasih.