00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mempertikaikan ketelusan pilihan raya Presiden Brazil yang baru sahaja selesai dengan mendakwa proses pengundian itu
00:08tidak adil.
00:09Ketika bercakap kepada wartawan dalam perjalanan ke satu himpunan pilihan raya pertengahan penggal di Mississippi,
00:15Trump berkata pilihan raya tersebut kelihatan seperti satu lagi pilihan raya yang telah dimanipulasi.
00:20Bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.
00:25Kenyataan itu dibuat selepas Luis Inacio Lula da Silva memenangi pilihan raya Presiden Brazil dan meraih penggal keempat sebagai Presiden
00:32negara itu.
00:33Lula menewaskan senator Flavio Bolsonaro dalam pusingan kedua pilihan raya dengan meraih 51.79% undi sah berbanding 48.21
00:44% yang diperolehi lawannya.
00:46Trump berkata pilihan raya sepatutnya berada di luar sebarang pertikaian dan menyifatkan keputusan serta proses pengundian di Brazil memberikan imej
00:54negatif kepada masyarakat antarabangsa.
00:56Sambil mendakwa tidak berpihak kepada mana-mana calon dalam sayangan tersebut, Trump terus-terusan mengkritik cara pilihan raya itu dijalankan.
01:10A demografia...
01:13A demografia...