Skip to playerSkip to main content
Kerajaan memutuskan cadangan pelaksanaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dibuat secara penswastaan menerusi pendekatan kerjasama awam-swasta (PPP) kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Proses bidaan atau permintaan cadangan (RFP) akan dilaksanakan, dengan kos berkaitan ditanggung oleh pembida yang berjaya.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Berhubung perkara ini, kerajaan telah memutuskan cadangan pelaksanaan LPT-3 dilaksanakan secara penswastaan menerusi kaedah kerjasama awam swasta, PPP, Bidaan
00:15Bersaing atau Request for Proposal, RFP, yang mana kos penggunaan LPT-3 ini ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya nanti.
00:26Penyertaan keperluan projek LPT-3 telahpun dikemukakan kepada unit kerjasama awam swasta, Jabatan Perdana Menteri, YOKAS JPM, bagi tujuan penyediaan
00:44dokumen RFP dan seterusnya untuk diangkat kepada pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.
00:52Kini cadangan ini masih di peringkat penyediaan dokumen RFP oleh YOKAS.

Recommended