00:00Menteri Luar, Datuk Seri Muhammad Hassan mengetuai delegasi Malaysia ke dua mesyuarat peringkat menteri di Bangkok hari ini
00:06bagi memperkukuh kerjasama dua hala dengan Thailand.
00:09Kementerian Luar maklumkan, Muhammad akan mempengurusikan bersama mesyuarat Suranjaya Bersama ke-16
00:13dan mesyuarat strategi pembangunan bersama bagi kawasan sempadan Malaysia-Thailand ke-7.
00:20Kedua mesyuarat itu akan dipengurusikan bersama rakan sejawatnya,
00:25Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Sihasa Puang Ketkial.
00:30Menurut Wisma Putra, kedua menteri akan meneliti kemajuan kerjasama dua hala dan membincangkan langkah
00:36bagi memperkukuh hubungan Malaysia-Thailand.
00:39Antara tumpuan perbincangan ialah kerjasama politik dan keselamatan,
00:43perdagangan dan pelaburan, hubungan sosial dan budaya serta pembangunan kawasan sempadan.
00:48Ini termasuk pelaksanaan projek keterhubungan antara kedua negara.
00:53Mesyuarat itu juga akan memanfaatkan hasil lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand,
00:57Anu Tin Chan Virakun ke Malaysia pada Julai lalu.
01:00Pada 2025, Thailand merupakan rakan perdagangan ke-6 terbesar Malaysia di peringkat global
01:05dan kedua terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan RM118.57 bilion.