Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Parlimen Mesir meluluskan permohonan Presiden Abdel Fattah El-Sisi untuk menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Arab Saudi di tengah ketegangan konflik serantau yang semakin meningkat.
Transcript
00:00Dewan Perwakilan Mesir meluluskan permohonan Presiden Abdel Fattah LCC untuk memberikan bantuan ketenteraan kepada Arab Saudi.
00:07Menurut kenyataan Parlimen, kelulusan itu dicapai dengan majoriti 2 per 3 selepas beberapa siri sesi tertutup yang diadakan atas permintaan
00:16Presiden.
00:19Keputusan tersebut memberi kuasa kepada LCC untuk mengambil tindakan yang perlu melalui penyelarasan bersama Arab Saudi bagi mempertahankan wilayah, kedaulatan
00:29dan tempat-tempat suci negara beraja itu.
00:32Parlimen maklumkan keputusan itu selaras dengan pendirian yang dicapai oleh Majlis Pertahanan Nasional Mesir dalam mesyuaratnya pada 18 Oktober lalu.
00:40Perbincangan turut menyentuh perkembangan keselamatan serantau serta kesannya terhadap keselamatan Mesir dan negara-negara Arab.
00:47Bagaimanapun, pihak berkuasa belum memperincikan bentuk bantuan yang akan diberikan dan tidak mengesahkan sama ada ia menibatkan penghantaran anggota tentera
00:56Mesir.
00:57Kelulusan itu dibuat ketika ketegangan antara kumpulan huti di Yaman dan gabungan pimpinan Arab Saudi terus memuncak.
01:04Arab Saudi sebelum ini melaporkan beberapa serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan riad serta kawasan berhampiran Sempah dan Yaman.
01:11Perkembangan terbaharu itu dijangka meningkatkan lagi tumpuan terhadap situasi keselamatan di Asia Barat yang semakin tidak menentu.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended