00:00Operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah di enam wilayah di Pulau Kalimantan dan Sumatera, Indonesia yang melibatkan kawasan seluas lebih
00:084,300 hektare masih diteruskan.
00:11Pemangku Ketua Pusat Data Maklumat dan Komunikasi Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Bertuan Panjaitan berkata,
00:18lebih 57,000 anggota dikerahkan di lapangan serta 61 pesawat bagi membantu operasi pemadaman dan mengawal penularan kebakaran.
00:28Operasi pemadaman masih dijalankan di kawasan seluas 3,392 hektare di tiga wilayah Kalimantan dan 990 hektare lagi di tiga
00:38wilayah Sumatera.
00:39Beliau berkata pelbagai strategi menangani kebakaran terus dilaksanakan kerajaan pusat dan wilayah dengan bantuan sukarelawan termasuk operasi pengubah suaian cuaca
00:48menggunakan ais kering.
00:49Di Kalimantan-Kalimantan Tengah, merekodkan kawasan terjejas terbesar iaitu 2,458 hektare, diikuti Kalimantan Barat dengan 884 hektare dan Kalimantan
01:02Selatan sebanyak 52 hektare.
01:04Di Sumatera, Sumatera Selatan mencatatkan kawasan terjejas seluas kira-kira 889 hektare, diikuti Jambi dengan 89 hektare dan Lampung sebanyak
01:1412 hektare termasuk kawasan dalam Taman Negara Wekambas.
01:18Operasi pemadaman turut diteruskan di kawasan pergunungan Arjuna Wellirang di Jawa Timur dengan kebakaran dilaporkan memusnahkan kira-kira 1,090
01:28hektare kawasan sejak 16 Oktober lalu.
01:31Tiada operasi pemadaman yang masih aktif dilaporkan di Riau.