00:00Sabah memanfaatkan kelestarian sumber aslinya untuk menarik pelaburan, memperkukuh akses pasaran dan menjana peluang ekonomi bernilai lebih tinggi.
00:09Ketua Menteri Dato' Sri Haji Ji Nur berkata, kelestarian bukan lagi sekadar soal perlindungan alam sekitar atau pematuhan peraturan, walaupun
00:17tanggungjawab tersebut kekal penting.
00:21Haji Ji berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Tindakan Lestari 2026 di Kota Kinabalu pada Rabu.
00:30Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Dato' Siza Mandela Malakun.
00:37Menurut Haji Ji, ia kini semakin mempengaruhi hala tujuh pelaburan, keupayaan perniagaan menembusi pasaran antarabangsa, serta tahap daya saing industri
00:47pada tahun-tahun akan datang.
00:49Persidangan yang julungkali diadakan di Sabah itu dianjurkan oleh Kontrol Union Malaysia dengan sokongan kedutaan kerajaan Melanda di Malaysia.
00:58Haji Ji berkata, Sabah bertuah kerana memiliki kekayaan sumber asli yang luar biasa.
01:06Sumber-sumber ini menyokong banyak industri utama Sabah, tetapi yang lebih penting menjadi sumber kehidupan kepada begitu ramai rakyat di
01:14Sabah.
01:15Oleh itu, beliau menyuruh untuk menyedari bahawa usaha melindungi alam sekitar dan mengejar pembangunan ekonomi bukanlah dua matlamat yang bertentangan.