Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, seramai 38,000 wanita bakal mendapat manfaat daripada program subsidi ujian mamogram yang disediakan kerajaan mulai tahun depan.
Transcript
00:00Seramai 38,000 wanita bakal mendapat manfaat daripada program subsidi ujian memogram yang disediakan kerajaan mulai tahun depan.
00:08Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Syukri berkata, program itu memberi peluang kepada lebih ramai wanita menjalani
00:16saringan bagi mengesan kanser payudara pada peringkat awal.
00:21Menurut Nancy, program yang diperkenalkan sejak 2007 itu terbuka kepada wanita berusia 40 hingga 70 tahun dengan ujian memogram ditawarkan
00:30secara percuma kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.
00:36Tapi dia berterusan pergi ke, saya sudah sebut tadi pergi ke klinik Noor Sejahtera dan mana ada 50, 67 tempat
00:47di bawah LPPKN ni.
00:50Kita kerjasama dengan pusat memogram di bawah kita. Jadi pergilah mana yang paling dekat untuk Kuan.
01:11Dalam masa sama Nancy berkata, usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemeriksaan kesihatan payudara perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan lebih ramai wanita menjalani
01:21saringan secara berkala.
01:22Ini kerana masih ada yang takut atau tidak mengetahui kepentingan menjalani saringan.
01:29Sehingga 30 September lalu, seramai 595,143 wanita di seluruh negara telah menjalani saringan dengan 1,334 kes kanser payudara
01:40disahkan.
01:41Nancy berkata demikian selepas merasmikan sambutan bulan kesedaran kanser payudara peringkat kebangsaan 2026 di Georgetown pada Rabu.
01:52Terima kasih kerana menonton!

Recommended