Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam berhubung keputusan menghentikan kes rasuah Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi pada Rabu membenarkan permohonan Peguam Negara untuk menangguhkan proseding semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam berhubung keputusan menghentikan
00:10kes rasuah Yayasan Akal Budi melibatkan timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
00:16Peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Datuk Gok Nek Siong berkata, keputusan dibuat Hakim, Datuk Azizan Mat Arsyad dalam proseding yang
00:24dijalankan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.
00:32Menurut beliau, Mahkamah mengambil kira perkembangan terkini selepas Mahkamah Persekutuan pada 8 Oktober lalu membenarkan Ahmad Zahid dan Peguam Negara
00:40merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kebenaran kepada Badan Peguam memulakan semakan kehakiman.
00:46Katanya, tarikh pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan masih belum ditetapkan memandangkan notis rayuan baru difailkan pada 19 Oktober.
00:55Pada 8 Oktober lalu, Panel 3 Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kes berkenaan membabitkan isu perlembagaan baru yang mempunyai kepentingan
01:04awam dan memerlukan penjelasan serta keputusan muktamad daripada Mahkamah Tertinggi Negara.
01:09Pada 7 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Badan Peguam mengulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara pada September 2023
01:18yang menghentikan proseding terhadap Ahmad Zahid dalam kes rasuah Yayasan Akal Budi.

Recommended