00:00Lembaga hasil dalam negeri LHDN merekodkan lebih 2.09 bilion e-invoice sejak inisiatif itu diperkenalkan secara berperingkat di Malaysia.
00:10Peraksanaan yang kiri memasuki tahun ketiga itu melibatkan lebih 269,000 pembayar cukai.
00:19Pengarah Seksyen Polisi dan Pematuhan Bahagian E-Invoice Sektor Operasi Cukai LHDN, Muhammad Shazli Muhta berkata,
00:26data yang dikumpul melalui platform e-invoice membantu LHDN memahami struktur ekonomi dan adiran transaksi pasaran dengan lebih tepat selain
00:35meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.
00:38Jelasnya, sistem itu turut dilengkapi fungsi analitik data bagi menapis dan menganalisis profil keuangan pembayar cukai secara otomatik.
00:46Perbezaan corak data pula tidak semestinya menunjukkan berlaku ketidakpatuhan cukai kerana ia mungkin akibat pelarasan akaun atau perbezaan garis masa
00:55pelaporan.
00:57Antara kesilapan dikesan termasuk kegagalan merekodkan transaksi sampingan seperti pelupusan aset perniagaan dan pendapatan sewa selain kekeliruan berhubung pengeluaran e
01:08-invoice bil kendiri.
01:09Bagi membantu pembayar cukai membetulkan kesilapan, LHDN menawarkan pelepasan penalti sepenuhnya melalui program khas pengakuan sukarela PKPS e-invoice yang
01:21dijadual berlangsung sehingga 31 Desember 2027.
01:25LHDN turut menyatakan ambang pengecualian e-invoice bagi perniagaan yang layak telah ditingkatkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta bagi
01:34menyokong usahawan mikro, kecil dan sederhana.
01:40Terima kasih telah menonton!