00:00Banjir kembali melanda Perak apabila hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Gerik, Hulu, Perak dinaiki air setakat
00:08pagi ini.
00:09Seramai 120 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara atau PPS yang dibuka sejak tengah malam.
00:18Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, seramai 96 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS SMK Gerik.
00:27Mereka lah 24 mangsa daripada 5 keluarga ditempatkan di PPS SMK Sultan Idris Shah II.
00:33Pemindahan dibuat selepas beberapa kawasan di Kampung Air Panas dan Kampung Padang dilanda banjir susulan hujan berterusan.
00:39Dalam perkembangan berasingan, seramai 37 mangsa daripada 14 keluarga yang terjejas akibat ribut minggu lalu masih ditempatkan di PPS Sekolah
00:48Kebangsaan Matang.
00:49Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Cangkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matam.
00:57Pihak berkuasa terus memantau perkembangan cuaca dan paras air bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan yang terjejas.
01:07Terima kasih kerana menonton!