Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis merekodkan kadar penyalahgunaan dadah tertinggi negara, dengan laluan penyeludupan rentas sempadan antara faktor risiko.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Empat negeri di utara dan pantai timur semenanjung mencatat kadar penyalahgunaan dadah hampir dua kali ganda berbanding purata nasional.
00:09Terengganu mendahului senarai diikuti Kelantan, Kedah dan Perlis.
00:13Dengan laluan penyeludupan rentas sempadan dikenal pasti antara faktor risiko menyumbang kepada masalah berkenaan.
00:22Terengganu mencatat kadar tertinggi iaitu 735 kes bagi setiap 100,000 penduduk diikuti Kelantan 694, Kedah 669 dan Perlis 646.
00:36Angka itu mengatasi kadar nasional sebanyak 381 bagi setiap 100,000 penduduk dengan keseluruhan 130,307 kes direkodkan sehingga Jun
00:47lalu.
00:48Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Dato' Ruslin Yusof dalam kenyataan pada selasa berkata faktor geografi termasuk laluan penyeludupan rentas
00:57sempadan turut meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah di negeri terbabit.
01:02Sehubungan itu, AADK mempergiat program pencegahan dan pengatkuasaan dengan memberi tumpuan kepada institusi pendidikan, keluarga serta komuniti di kawasan berisiko
01:11tinggi.
01:11Sehingga 18 Oktober, sebanyak 4,253 operasi pengatkuasaan dilaksanakan di seluruh negara dengan 30,157 individu ditahan untuk menjalani program
01:24rawatan dan pemulihan.
01:26Dalam masa sama, purata individu yang tampil secara sukarela mendapatkan rawatan meningkat daripada 75 orang sebulan pada tahun lalu kepada
01:34232 orang sebulan tahun ini.

Recommended