Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo) merebak ke lapan wilayah selepas dua kes baharu disahkan di Nord-Ubangi, dengan seorang daripada pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sehingga Jumaat, negara itu merekodkan 9,415 kes disahkan termasuk 4,536 kematian sejak wabak bermula pada Mei.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Wabak Ebola di Demokratik Republik Kongo DRC merebak ke wilayah ke-8 selepas dua kes baru disahkan di wilayah North
00:08Obangi, utara negara itu.
00:10Menurut laporan terkini, Kementerian Kesihatan Negara itu yang dikeluarkan pada ahad, kedua-dua kes melibatkan lelaki berusia lingkungan 20-an
00:17di zon kesihatan Wapinda dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia.
00:22Punca jangkitan bagi kedua-dua kes bagaimanapun tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan.
00:29Sehingga Jumaat diarsi merekodkan 9,415 kes disahkan Ebola, termasuk 4,536 kematian sejak wabak itu bermula pada Mei dengan
00:39kadar kematian kes sebanyak 48.2%.
00:43Wilayah Ituri di timur negara itu kekal sebagai pusat penularan, menyumbang lebih 73% daripada keseluruhan kes disahkan di seluruh
00:51negara diikuti wilayah jiran North Kivu.
00:55Secara keseluruhan, penularan kini melibatkan 66 zon kesihatan di 8 wilayah menjadikan wabak yang diisytiharkan pada Mei itu sebagai yang
01:03terbesar dan paling membawa maut pernah direkodkan di DRC serta kedua terbesar di dunia selepas wabak Ebola Afrika Barat pada
01:112014 hingga 2016.
01:13Terima kasih kerana menonton!

Recommended