00:00Industri media perlu memperkukuh kerjasama bagi membangunkan kerangka penggunaan kecedasan buatan AI lebih jelas seiring dengan perkembangan teknologi dalam sektor
00:09komunikasi dan juga penyiaran.
00:12Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ashwat Ismail berkata, penggunaan AI menawarkan pelbagai peluang kepada industri namun kesannya terhadap bakat, kreativiti dan
00:21penghasilan kandungan perlu diberi perhatian.
00:26Selain daripada garis panduan juga kita memikirkan cara bagaimana untuk kita bekerjasama seluruh media, organisasi media di dalam negara dan
00:36di rantau ASEAN ini untuk come up with a better proposition untuk mencari satu kerangka dan membantu sikit sebenarnya ke
00:48arah kerangka perundangan AI yang lebih jelas.
00:52Dalam masa sama beliau menegaskan penggunaan teknologi baru perlu disertai tanggungjawab dalam memastikan kandungan yang dihasilkan, kekal berintegriti serta mendapat
01:01kepercayaan masyarakat.
01:02Penting dalam sekarang adalah setiap informasi yang kita buat adakah kita bertanggungjawab, kita beratika dan akhirnya adakah orang percaya dan
01:11yakin dengan kandungan yang kita buat atau sebarang hasil produk yang kita tunjulkan di pihak media.
01:19Beliau turut menekankan kepentingan hubungan strategik antara institusi akademik dan industri media bagi membincangkan kesan serta implikasi AI.
01:30Hubungan itu sekaligus mencari pendekatan yang dapat memastikan teknologi dapat dimanfaatkan secara bertanggungjawab.