00:00Pelakon Hollywood Selma Blair dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika dalam penerbangan dari Los Angeles ke New York ke Amerika Syarikat.
00:09Perkara itu disahkan oleh wakilnya menerusi satu kenyataan pada Jumaat sekaligus menafikan laporan media
00:14yang mendakwa Blair cuba membuka pintu pesawat Delta Airlines atau berniat mencederakan mana-mana individu sepanjang penerbangan berkenaan.
00:25Wakilnya memaklumkan bahawa Blair mengalami gangguan neurologi, dikenali sebagai sidobulbat efek iaitu keadaan yang boleh menyebabkan tindak balas emosi berlaku
00:36secara tiba-tiba dan sukar dikawal.
00:38Terdahulu anggota polis tempatan dikerahkan ke lapangan terbang-terbangsa John F. Kennedy di New York sejurus pesawat mendarat susulan laporan
00:46mengenai seorang penumpang yang bertindak agresif secara fizikal.
00:49Penumpang berkenaan kemudiannya dikenalpasti sebagai Blair.
00:53Dua kru kabin dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden itu dengan seorang daripadanya terpaksa dibawa ke hospital.
00:59Namun Blair, 54 tahun, pada Islin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
01:05Blair yang terkenal menerusi lakonannya dalam filem Cruel Intentions dan Hellboy sebelum ini mendedahkan dirinya didiagnosis menghadapi multiple sclerosis pada
01:172018.
01:19selamat menikmati.
01:19Selamat menikmati.