Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Jabatan Imigresen menahan 190 warga asing dan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pudu. Antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen sah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Imigresi Malaysia JIM menahan 190 warga asing dan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pudu
00:09di Ibu Negara awal pagi tadi, susulan aduan orang ramai tentang gangguan ketenteraan awam.
00:14Timbalan Ketua Pengarah Penguasaan JIM, Datuk Basri Uthman berkata, warga asing yang ditahan terdiri daripada 99 lelaki dan 91 wanita
00:22berumur antara 20 hingga 41 tahun.
00:27Beliau berkata daripada jumlah itu, 188 orang ialah warga Indonesia manakala masing-masing seorang warga Bangladesh dan India.
00:34Dua lelaki tempatan yang ditahan dipercayai majikan dan penjaga premis hiburan berkenaan yang terletak kira-kira 10 meter dari sebuah
00:41masjid.
00:42Jelasnya, di dalam pusat hiburan ini terdapat beberapa bilik yang dijadikan tempat berhibur dan ketika serbuan terdapat antara 50 hingga
00:4860 orang sedang berhibur di dalam setiap bilik berkenaan.
00:51Basri berkata antara kesalahan imigresin yang dikesan ialah tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
00:58Beliau berkata kesemua individu yang ditahan dibawa ke depo tahanan untuk tujuan dokumentasi dan siasatan.
01:04Kes disiasat mengikut Seksyen 6-1-C dan Seksyen 15-1-C Akta Imigresin 1959-63 berkaitan kesalahan tidak memiliki
01:13dokumen yang sah dan tinggal lebih masa.

Recommended