Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
MAS menyambung semula penerbangan berjadual dari dan ke Jeddah serta Madinah bermula Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia Airlines, MAS menyambung semula penerbangan berjadual dari dan ke Jeddah serta Madinah bermula ahad.
00:06Malaysia Aviation Group, MAG memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko operasi
00:12serta simakkan menyeluruh berikutan penggantungan sementara perkhidmatan akibat kebimbangan keselamatan di Arab Saudi.
00:20Menurut kenyataan MAG, penumpang yang berlepas dari dan kedua-dua destinasi berkenaan
00:26bermula 18 Oktober ini dinasihatkan membuat simakkan jadual penerbangan
00:31serta memastikan maklumat berhubungan di kemas kini menerusi bahagian My Booking di laman web atau aplikasi mudah alih.
00:42Penumpang yang membuat tempahan menerusi platform pihak ketiga atau ejen pelancongan
00:47perlu menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing secara terus untuk mengesahkan urusan perjalanan.
00:54MAS akan terus memantau perkembangan terkini di rantau berkenaan
00:57demi memastikan keselamatan penumpang serta anak kapal.

Recommended