Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Angin kencang Santa Ana menyukarkan usaha memadam kebakaran hutan di selatan California, memaksa pemindahan penduduk dan menyebabkan puluhan ribu pengguna terputus bekalan elektrik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan di selatan California pada Jumaat.
00:06Susulan tiupan angin kencang Santa Ana yang menyemarakkan api di beberapa kawasan.
00:11Bencana itu turut memaksa penduduk berpindah dan menyebabkan puluhan ribu penduduk terputus bekalan elektrik.
00:18Rakaman udara dari Orange County menunjukkan beberapa kediaman di jilat api ketika anggota bomba menyembur air bagi memadamkan kebakaran yang
00:27merebak kebangunan.
00:28Amaran bahaya kebakaran kekal berkuat kuasa di beberapa kawasan di selatan California sehingga petang Sabtu.
00:35Perkhidmatan cuaca kebangsaan Amerika Syarikat meramalkan angin berkelajuan antara 25 hingga 45 batu sejam di beberapa kawasan pergunungan Santa Monica
00:46dan San Gabriel.
00:48Keadaan angin kencang itu meningkatkan risiko kebakaran merebak dengan pantas.
00:53Sekaligus menyukarkan usaha memadamkan api dan meningkatkan ancaman terhadap penduduk serta kediaman di kawasan terjejas.
01:03Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!

Recommended